Asklegal

Tender | Construction

Kementerian Sumber Manusia - Demolition and Reconstruction Office Building


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam kelas dan gred pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

KSM/PR/TENDER/K/01/2020/PTKSPK

 

Projek Meroboh dan Membina Semula Pejabat Tenaga Kerja Sungai Petani, Kedah, Kementerian Sumber Manusia

 


HARGA DOKUMEN TAWARAN

 

RM700.00 (Tidak akan dikembalikan)

 


TEMPAT DAN TARIKH PEMBELIAN DOKUMEN TAWARAN

 

Sektor Perolehan, Bhg. Pembangunan,

Kewangan & Sumber Manusia, Aras 8, Blok D3, Kompleks D, WP Putrajaya

 

4 September 2020 hingga 11 September 2020 (waktu pejabat)

 


SYARAT PENDAFTARAN

 

Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

 

Gred: G6

 

Pengkhususan:

B04 dan B26 dan CE21


TARIKH TENDER DITUTUP

 

Khamis, 24 September 2020 Jam 12.00 tengah hari Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan

 


i. Dokumen Meja Tender (DMT) akan dipamerkan di pejabat jualan tender mulai tarikh taklimat tender pada waktu pejabat 

 

ii. Pendaftaran tender dibuka semasa sesi taklimat/lawatan tapak dan sepanjang tempoh pembelian dokumen tawaran berlangsung. Bagi tujuan pendaftaran, sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran dengan CIDB berserta satu salinan fotostat sijil tersebut tidak akan dikembalikan). Petender yang tidak berdaftar di bawah Gred dan Pengkhususan seperti dinyatakan di Syarat Pendaftaran atau telah tamat tempoh kuatkuasa pendaftaran akan ditolak daripada menyertai tender. 

 

 

iii.Petender yang berminat untuk menyertai tawaran ini adalah digalakkan untuk menyertai satu taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh tersebut di atas. Hanya PENAMA di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama tersebut. 

 

 

iv. Bayaran bagi pembelian dokumen tawaran haruslah dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos (bayaran ini tidak akan dikembalikan) dan dibuat atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. 

 

 

 

V. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di BILIK TENDER Kementerian Sumber Manusia, Aras 1, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 PUTRAJAYA pada atau sebelum Tarikh Tender Ditutup. 

 

 

vi. Kementerian Sumber Manusia Malaysia tidak terikat menerima tender yang terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. Semua perbelanjaan berkaitan dengan tender ini adalah tanggungjawab petender sendiri.