Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - To Complete Delayed Construction Works


 

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :

 


 

Pejabat yang memanggil  tawaran

 

JKR Perak Darul Ridzuan 


Tajuk Projek

 

Menyiapkan Kerja-kerja Terbengkalai Bagi Projek Pembinaan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan


Taraf / Jenis Syarikat*

 

Terbuka T1


 

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas,  Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

 i. Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap  Kementerian Kerja Raya  (KKR)

 

 

ii. Berdaftar dengan CIDB : Gred G5, G6 dan G7 

 

 

iii. Kategori: B  

 

iv. Pengkhususan : B04

 


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

 

9.9.2020 (Rabu)  hingga 17.9.2020 (Khamis)


 

Harga Dokumen  & Bayaran Atas tawaran

 

 RM250.00 Bendahari Negeri Perak 

 

 


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

 Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan) 

 

24.9.2020 (Khamis) Jam 12.00 tengah hari

 


Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Berkumpul di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan pada 9.9.2020 (Rabu) jam 10.00 pagi.

 


 

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama BENDAHARI NEGERI, NEGERI SEMBILAN: Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa SURAT WAKIL dan perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : T1 – Syarikat 100% milik tempatan.

 A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.

 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.