Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Mosque Building


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


Pejabat yang memanggil tawaran

 

JKR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tajuk Projek

CADANGAN PEMBINAAN BARU MASJID TAMAN WARISAN PUTERI, DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

 (JKR/ DT/N/012/2020)


Taraf / Jenis Syarikat*

 

Tender  Terbuka (Khas Bumiputera ) T1


Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

 CIDB

Gred: G6

Kategori: B

Pengkhususan: B04


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual 

 

Bahagian Kontrak &   Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus 

 

 29/09/2020 hingga 12/10/2020


 

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM1,100.00 BENDAHARI NEGERI  NEGERI SEMBILAN

 


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup 

 

Bahagian Kontrak &   Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus 

 

Tarikh Tutup Tender 

12/10/2020

 

Waktu: 

12.00 tengah hari 


 

Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Pendaftaran bagi sesi taklimat & lawatan tapak akan diadakan pada 29/09/2020 (Selasa) jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan JKR, Tingkat 2, Blok A, Wisma Negeri, JKR Negeri Sembilan


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Kontraktor atau wakil Kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan sosial oleh KKM dan MKN.

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama BENDAHARI NEGERI, NEGERI SEMBILAN: Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa SURAT WAKIL dan perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : T1 – Syarikat 100% milik tempatan.

 A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.

 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.