Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Furniture Related Works


 

Tawaran adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Pembekalan/Perkhidmatan, seperti berikut:-

 


BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

No. Tender: UiTM/PER/T/3/35/20

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menyusun Atur Dan Menyelenggara Perabot Sewaan Untuk Kolej Kediaman Tunku Abdul  Rahman, UiTM Cawangan Kelantan Kampus  Machang Bagi Tempoh Lima (5) Tahun

Kelayakan : Berdaftar dengan KKM

Kod Bidang : 020199

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah


 

 

TEMPAT PAMER, JUAL DAN TUTUP TAWARAN

Pejabat Bendahari 

Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset

Unit Panggilan Tender & Sebut Harga

Universiti Teknologi MARA 

40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan


 

 

1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamer mulai 25/08/2020. 

2. TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK BAGI TAWARAN DI ATAS AKAN DIADAKAN PADA 01/09/2020 JAM 10.00 PAGI DI PEJABAT KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN, UITM KELANTAN KAMPUS MACHANG. Kehadiran Petender ke Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN. Hanya Petender yang hadir Taklimat Tender sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran. 

 

 

3. Hanya penama di dalam Perakuan Kementerian Kewangan (KKM) sahaja yang boleh menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil yang dinyatakan. Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat dan Lawatan Tapak pada waktu pejabat dengan menggunakan Wang Tunai/Deraf Bank atas nama BENDAHARI UITM 

 

4. Petender yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut : 

I. Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak 

II. Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini

III.Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan 

5. Petender-petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran KKM dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada) beserta SALINAN sijil-sijil yang berkenaan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut 

6. Tawaran ditutup pada 22/09/2020 jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.