Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) - Cooked Food Supply Service


1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan tawaran sebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta beralamat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti berikut:

 


TAJUK SEBUTHARGA

Perkhidmatan Pembekalan Makanan Bermasak Di Baitus Salam (Rumah  Perlindungan Muallaf) Untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Bagi Tahun 2021 Dan 2022

No. Sebutharga: LZS/DP/100-SH (8/2020)


KOD BIDANG  (WAJIB) 

040101 - Makanan dan Bahan Mentah  Kering/Basah  atau  040103 - Makanan Bermasak (Islam)


TARIKH TUTUP  SEBUTHARGA

18 September 2020 12.00 tengah  hari 

 


2. Pembida boleh membuat temujanji melalui emel tender@zakatselangor.com.my bermula 18 Ogos 2020 sehingga 21 Ogos 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang) dengan melampirkan dokumen dan maklumat seperti berikut: 

 

a) Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan yang lengkap dengan menyatakan kod bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa; dan 

c) Nama dan Nombor Telefon Pegawai Syarikat untuk dihubungi. 

 

 

3. Hanya pembida yang menepati kelayakan sahaja akan dijemput untuk menyertai taklimat sebutharga (wajib) pada 25 Ogos 2020. 

 

4. Dokumen sebutharga boleh diperolehi secara atas talian bermula 25 Ogos 2020 sehingga 15 September 2020 pada waktu (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang). Hanya pembida yang berkelayakan dan menyertai taklimat sebutharga sahaja dibenarkan membeli dokumen sebutharga. 

 

5. Pembida boleh memperolehi dokumen sebutharga dengan bayaran secara atas talian (tidak dikembalikan) sebanyak RM100.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat melalui atas talian sahaja atas nama "Lembaga Zakat Selangor (MAIS)”. (Maklumat akaun akan diberikan kepada pembida yang berkelayakan sahaja). 

 

6. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Sebutharga/Tender di talian 03-8314 2318 atau 03-8314 2845. 

 

7. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan. 

 

b/p: Ketua Pegawai Eksekutif 

         Lembaga Zakat Selangor (MAIS)