Asklegal

Tender | Services

Universiti Utara Malaysia - Replacement And Acquisition Of Teaching And Learning Equipment


1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor dalam jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan menyertai tender pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :



BIL.
1
NO.RUJUKAN
UUM/BEN/ T378/2020 


TAJUK TENDER
UUM - Penggantian  Dan Perolehan  Peralatan Pengajaran  Dan Pembelajaran


PENDAFTARAN
CIDB dan PKK  Memegang Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB 


GRED/ KATEGORI/PENGKHUSUSAN
Gred: G5 atau G6  atau G7  
Kategori: ME Pengkhususan: E01 Dan E04

HARGA SENASKAH (RM) 
200.00 


TAKLIMAT & LAWATAN ТАРАК

05 Ogos 2020 (Rabu) 
Masa: 10.00 pagi 
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, JPP 



2. Naskah Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender akan dijual pada waktu pejabat hari bekerja di Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman mulai 29 Julai 2020 hingga 20 Ogos 2020 dan bayaran hendaklah dibuat di Kaunter Bayaran, Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia, dalam bentuk Tunai atau Draf Bank atas nama Universiti Utara Malaysia. Bayaran juga boleh dibuat secara "on-line' menggunakan kad kredit / Financial Process Exchange (FPX) dengan melayari laman web www.uum.edu.my klik e-com. 

Hari                    Waktu 
Ahad - Rabu -8.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 Petang - 4.30 petang    
Khamis -8.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang -3.00 petang

3. Dokumen Tender akan hanya dikeluarkan kepada petender yang sah sahaja dan setelah sijil ASAL pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pengiktirafan sebagai Kontraktor Bertaraf Bumiputera (jika berkenaan) dan Resit Bayaran ditunjukkan serta salinan sijil hendaklah dikemukakan untuk simpanan. 

4. Dokumen Tender yang telah siap ditandatangani dan diisi sepenuhnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bermetri dengan Tajuk Tender dan No. Rujukan hendaklah ditulis di luar sampul surat tersebut. Dokumen Tender hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam Peti Tender, Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 26 Ogos 2020 (Rabu). 

5. Kontraktor atau wakil yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 DAN PENJARAKAN SOSIAL Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. 

6. Pihak Universiti Utara Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender dan tidak akan menanggung apa-apa kos yang terlibat oleh penender. 

7. Tender yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.