Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Felda - Repair Works


Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang memenuhi Syarat-Syarat Kelayakan dalam jadual dibawah dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-
HARGA BORANG SENASKAH : RM350.00



TAWARAN NO.PF.
PF.39/20 


JENIS KERJA
 PROJEK MEMBAIK PULIH TEBING RUNTIH DAN  PERMUKAAN  JALAN PERHUBUNGAN LAHAD DATU - BANDAR SAHABAT DI FELDA SAHABAT, LAHAD DATU, SABAH.



SYARAT KELAYAKAN 
1. Vendor FELDA (E-IKOF) 
2. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - Gred G4 (Pengkhususan - CEOI)
3. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 
4. Sijil Taraf Bumiputera (STB)  ATAU 
1.Vendor FELDA (E-IKOF) 
2. Pusat Pendaftaran Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA).  Kelas C

ADALAH DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL, SALINAN SIJIL PENDAFTARAN, SURAT WAKIL DAN CAP SYARIKAT KETIKA PEMBELIAN DOKUMEN. DOKUMEN TENDER TIDAK AKAN DIJUAL SEKIRANYA GAGAL MEMBAWA PERKARA YANG TELAH  DIWAJIBKAN


LAWATAN TAPAK ADALAH TIDAK DIWAJIBKAN, NAMUN BEGITU IANYA DIBAWAH TANGGUNGJAWAB PIHAK KONTRAKTOR DALAM TEMPOH PEMBELIAN DOKUMEN.

TARIKH PEMBELIAN DOKUMEN BERMULA 5 OGOS 2020 (RABU) TIDAK TERMASUK CUTI AM.

Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh dibeli di FELDA Wilayah Sahabat, Peti Surat 88, 91150 Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah pada waktu pejabat. Bayaran pembelian Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).
Dokumen Sebut Harga hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil - sijil tersebut. Dokumen Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:

PENGURUS BESAR WILAYAH
FELDA WILAYAH SAHABAT 
PETI SURAT 88, 91150 CENDERAWASIH
LAHAD DATU
SABAH

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender sebelum atau pada 24 Ogos 2020 (Isnin) igm 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT  DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.