Asklegal

Tender | Maintenance

Felda - Land Recovery Works


Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang memenuhi Syarat-Syarat Kelayakan dalam jadual dibawah dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:
HARGA BORANG SENASKAH : RM350.00 

Tawaran No. PF.
PF.PRE 57/20-R


Jenis Kerja
Pakej 3 - Projek Membaik Pulih Cerun  Runtuh, Tanah Runtuh Dan Menaik Taraf Sistem Perparitan Serto Lain-Lain Kerja  Berkaitan Di FELDA Sahabat 1, Lahad Datu,  Sabah. (12 Peneroka)

Syarat Kelayakan  
1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) – Gred G4 (Pengkhususan - 
CE21) ATAU PUKONSA
2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

LAWATAN TAPAK ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB PIHAK KONTRAKTOR DALAM TEMPOH PEMBELIAN DOKUMEN.


ADALAH DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL DAN SALINAN SERTA CAP SYARIKAT KETIKA PEMBELIAN DOKUMEN.


TARIKH PEMBELIAN DOKUMEN BERMULA 5 OGOS 2020(RABU)


Dokumen Tawaran Terbuka boleh dibeli di FELDA Wilayah Sahabat, Peti Surat 88, 91150 Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah pada waktu pejabat. Bayaran pembelian Dokumen Tender hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).
Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:
 

PENGURUS BESAR WILAYAH
FELDA WILAYAH SAHABAT PETI SURAT 88, 91150 CENDERAWASIH
LAHAD DATU
SABAH

Dokumen Tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada 26 OGOS 2020 (RABU) jam 12.00 tengah hari. TAWARAN YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.