Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Pihak Berkuasa Peranti  Perubatan - Standard Accounting system For Government Agencies


 

1. Tender adalah dipelawa kepada petender-petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti jadual di bawah bagi tawaran berikut:


 

BIL.

1


NO. TENDER

PBPP/T1/2020

 


BUTIR-BUTIR BEKALAN/PERKHIDMATAN

Tawaran Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Melaksana, Mengkonfigurasi, Menguji, Melatih, Dan Mentauliah Serta Khidmat Sokongan  Sistem Kewangan Yang Memenuhi kriteria  Standard Accounting system For Government Agencies (SAGA) Untuk Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

 


KOD BIDANG  KEMENTERIAN KEWANGAN

 210101 210102 210103 210104 210105 210106 210107

(wajib berdaftar dalam kod bidang di atas untuk menyertai  tender)


 

TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh :6 Ogos 2020 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat   Meranti Pihak Berkuasa Peranti  Perubatan, Aras  6, Prima 9, Prima  Avenue II, Blok 3547 Persiaran APEC, 63000   Cyberjaya, Selangor.


 

2. Petender-petender yang beminat menyertai tawaran tender ini hendaklah mempunyai pengalaman dalam Pembangunan Sistem Aplikasi Perakunan & Kewangan dalam jangka masa lima (5) tahun  ke belakang (2015-2019). 

 

3. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang mulai 28 Julai 2020 (Selasa) sehingga 17 Ogos 2020 (Isnin) di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Aras 6, .. Prima 9, Prima Avenue II, Blok 3547 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor. 

 

 

4. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA: Lima Puluh Sahaja) senaskah yang tidak akan dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Bank Draft atas nama Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Wang Tunai/Cek tidak diterima. 

 

5. Petender yang ingin menyertai tender hendaklah menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam kod bidang seperti di atas dan SIJIL TARAF BUMIPUTERA (jika bertaraf bumiputera) yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil-sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. 

 

 

6. Petender yang ingin menyertai tender ini WAJIB menghadiri taklimat pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas. Petender yang tidak hadir atau lewat ke sesi taklimat tidak akan dibenarkan menyertai tender ini. 

 

 

7. Dokumen Tawaran Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditetapkan di pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II, Blok 3547 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor. Petender hendaklah mengemukakan Cadangan Tender sebelum atau jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tender iaitu pada 17 Ogos 2020 (Isnin). Tawaran Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 

 

 

8. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan tidak terikat menerima Tender yang terdedah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. Semua perbelaniaan berkaitan dengan Tender ini adalah tanggungjawab petender sendiri.