Asklegal

Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Repair & Replacement Works


1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)/CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:CADANGAN KERJA-KERJA BAIKPULIH MENGGANTIKAN BUMBUNG BAHARU RUMAH PELAJAR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAMAN KESIDANG, KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) BANDAR MELAKA.


 

 

NO TENDER

14/2020


TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TAPAK

 

04/08/2020. 10.30 pagi

 

KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) BANDAR MELAKA  Taman Kesidang, 75250 Bachang, Melaka

 

 

Taklimat dengan mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.


 

TEMPOH PENJUALAN TENDER

 

05/08/2020 Hingga 19/08/2020


 

LPIPM

 

 Gred: G3

 Kategori : B 

 Pengkhususan : B04 & B15 


HARGA SENASKAH DOKUMEN 

RM 268.40


 

TARIKH TUTUP TENDER

26/08/2020 (Sebelum 12.00 tengah hari)

  


 

*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender

 


2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum

dibenarkan mengambil dokumen :

i. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

ii. Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

iii. Sijil Asal Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU)

 

 

Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA).

Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja.

 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00 ptg - 4.30 ptg) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

5.Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

 

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran.MARA untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut 

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampe bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampui surat hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 


PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15. IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.


 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolakp  Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my