Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Construction & Building Upgrade Works


 

 

 

 

 

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred. kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


Pejabat yang memanggil tawaran

JKR Perak Darul Ridzuan

 


 

Tajuk Projek

CADANGAN MENAIKTARAF PEJABAT DAERAH DAN TANAH MUALLIM, MEMBINA BARU ARENA SQUARE DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN


Taraf / Jenis Syarikat*

Bumiputera T1


Gred, Kategori & Pengkhususan/ Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)

 

Gred: G4

 

Kategori : B Pengkhususan :B04


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

 

3.8.2020 (Isnin) hingga 17.8.2020 (Isnin)


 

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM240.00  Bendahari Negeri Perak


 

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

 

25.8.2020 (Selasa) Jam 12.00 tengah hari


 

TIADA LAWATAN TAPAK. Taklimat Tender boleh diperolehi secara atas talian melalui pautan http://jkrperak.gov.my/index.php/kontraktor/ sebutharga-tender/1091-cadangan-menaiktaraf-pejabat-daerah-dan-tanah-muallim-membina-baru-arena-square-dan-lain-lain-kerja-berkaitan bermula pada tarikh 28.7.2020.

 

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri Perak. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

 

 * Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.