Asklegal

Tender | Renovation

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri - Market Upgrade Works


 

 

MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

KENYATAAN TAWARAN BIL.: 18/2020 

 


 

TARIKH IKLAN : 27 Julai 2020

 

1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA(SSM), LEMBAGA PEMBANGUNAN PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KONTRAKTOR & USAHAWAN (BPKU) yang tempoh sah laku sehingga 90 hari dari tarikh tutup Tender serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Tender berikut :


Bil. 1 No. Tender

MBIP/T/78/ 2020


Tajuk Projek

CADANGAN MENAIK TARAF PASAR AWAM SEDIA ADA DI ATAS LOT 27573 DAN LOT 27574 JALAN CAMAR 2, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU, JOHOR


Gred 

G5


Kategori

CE


Pengkhususan

B 04


Harga (RM)

 600.00


 

2. Dokumen meja tender akan dipamerkan mulai 27 Julai 2020 hingga 16 Ogos 2020 semasa waktu pejabat di Kaunter Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Am, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, Johor. 

 

 

3. Dokumen fender boleh diperolehi 27 Julai 2020 hingga 16 Ogos 2020 di Kaunter Unit Perolehan, Bangunan Kabin MBIP, dengan mengemukakan bayaran dokumentasi hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang pos (money order) atau wang kiriman pos berpalang (postal order) dan dibayar atas nama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Wang tunai atau cek tidak boleh diterima. 

 

4. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini Kontraktor hendaklah membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dari CIDB, Sijil Perolehan Keria Kerajaan dari CIDB. Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, Kementerian Kerjarava Malaysia. 

 

5. Kontraktor dikehendaki untuk menyediakan satu salinan Surat Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera semasa membuat pembelian dokumen tender. 

 

6. Petender - petender yang berminat boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan(BKA), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di talian 07-5555051/5054 atau emel ke bka@mbip.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

 

7. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di Unit Perolehan, Bangunan Kabin MBIP, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri tidak lewat daripada sebelum tarikh 16 Ogos 2020 jam 12.00 Tengah Hari.

 

(HAJI SALEHUDDIN BIN HAJI HASSAN) 

Datuk Bandar, 

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri