Asklegal

Tender | Purchase Tender | Maintenance

Majlis Sukan Negara Malaysia - Football Equipment & Building Area Maintenance


Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah pecahan kepala seperti dibawah bagi menyertai tender berikut:

 

 


NO TENDER

MSN/BPK/BKLN/T/05/2020


 

PERIHAL KERJA

TAWARAN TENDER BAGI PEMBELIAN BOLA LATIHAN DAN PERTANDINGAN PUSAT AKADEMIK TUNAS, PUSAT LATIHAN DAERAH, SEKOLAH SUKAN NEGERI, SEKOLAH SUKAN MALAYSIA DAN AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI (AMD)

 


 

KELAYAKAN

Kod Bidang: 030501


TARIKH & WAKTU TAKLIMAT

Tarikh: 05 Ogos 2020 (Rabu) Masa: 11.30 pagi


 

NO TENDER

MSN/BPK/BKLN/T/06/2020


 

PERIHAL KERJA

TAWARAN TENDER BAGI PEMBELIAN PERALATAN LATIHAN DAN PERTANDINGAN PUSAT AKADEMIK TUNAS, PUSAT LATIHAN DAERAH, SEKOLAH SUKAN NEGERI, SEKOLAH SUKAN MALAYSIA DAN AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI (AMD)


 

 

KELAYAKAN

Kod Bidang: 030501


 

TARIKH & WAKTU TAKLIMAT

Tarikh: 05 Ogos 2020 (Rabu)

Masa: 12.00 pagi


 

NO TENDER

MSN/BPK/BKLN/T/07/2020


 

PERIHAL KERJA

** KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN (KEBERSIHAN DAN LANDSKAP DI DALAM DAN LUAR BANGUNAN BERHAMPIRAN) DI AKADEMI BOLASEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI GAMBANG, PAHANG SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA


 

 

KELAYAKAN

Kontraktor BUMIPUTRA 

Kod Bidang: 221001/ 221002

 


TARIKH & WAKTU TAKLIMAT

Tarikh: 05 Ogos 2020 (Rabu)

Masa: 12.30 pagi


 

TEMPAT TAKLIMAT (WAJIB)

 

Bilik Mesyuarat Akademi Bola Sepak

Negara Mokhtar Dahari Jalan Gambang 10 -26300-Gambang Kuantan, Pahang

 


 

TARIKH TUTUP TENDER

26 Ogos 2020 (Rabu) (for all above tenders )

 


 

Dokumen tender boleh dibeli pada hari dan tempat yang sama selepas menghadiri taklimat. Pembelian tender selepas dari tarikh tersebut hendaklah dibuat di Tingkat 4. Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur pada waktu pejabat : Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4 petang) mulai 07 Ogos 2020. Bayaran dokumen tawaran ialah RM50.00 senaskah secara TUNAI sahaja. Setiap penender DIWAJIBKAN menghadiri taklimat seperti yang telah ditetapkan diatas. 

 

**Bagi penender untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang ingin memasuki tawaran ini adalah DIWAJIBKAN untuk melawat tapak yang diadakan selepas taklimat. 

 

Dokumen tawaran akan dikeluarkan kepada wakil-wakil syarikat yang sah sahaja. Sijil kelayakan asal Kementerian Kewangan yang terkini dan satu salinan untuk Majlis Sukan Negara Malaysia mestilah dibawa bersama apabila hendak membeli dokumen tawaran tersebut. Sekiranya Sijil Kelayakan tidak disertakan, maka dokumen tidak akan dikeluarkan. 

 

Syarikat yang tidak menghadiri · taklimat tidak akan dipertimbangkan. Sama ada tawaran diterima, gagal, ditawarkan semula ataupun tender ini dibatalkan, wang pembelian dokumen tidak akan dikembalikan. Tender yang telah siap hendaklah di masuk kedalam sampul berlakri yang di tulis No Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tawaran Tender di Tingkat 4, Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12 tengahari pada tarikh tutup tender.


-------Untuk keterangan lanjut, sila hubungi--- 

Bahagian Kewangan: Naziah Talib - 019 3278084 atau Serifah Ramly - 012 3727546

iklan ini inga boleh dicanai di www.nsc.gov.my