Asklegal

Tender | Services

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - Letter & Reminder Notice



NO. TENDER

T03/ 2020. LPPSA

 


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN DAN PENGHANTARAN SURAT MAKLUMAN DAN NOTIS PERINGATAN UNTUK LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR

AWAM (LPPSA)

 


 

KOD BIDANG PENDAFTARAN MOF

 

Wajib 

221605 221606 221710

 

Pilihan

221707 221708  atau yang kod bidang lain yang relevan dengan perolehan ini


 

TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh

27 Julai 2020

 

Masa

9.30 pagi

 

Tempat

Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, LPPSA

 

*Kehadiran ke taklimat tender adalah digalakkan*


 

DOKUMEN TENDER

 

RM50.00 sahaja menggunakan Draf Bank di atas nama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

 

Wakil syarikat perlu mengemukakan salinan Sijil pendaftaran dengan MOF bagi tujuan pembelian dokumen tender mulai 20 Julai 2020 jam 2.00 petang


 

TARIKH BUKA & TUTUP TENDER

20 Julai 2020 hingga 10 Ogos 2020 tengah hari


 

TEMPAT JUALAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER


LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM, JABATAN PENTADBIRAN DAN KHIDMAT PELANGGAN, ARAS 7, NO. 9, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, PERSIARAN PERDANA,

PRESINT 2,62592 PUTRAJAYA


 

1. Kehadiran ke taklimat tender adalah digalakkan dan terhad kepada dua (2) orang wakil bagi setiap syarikat di mana salah seorang wakil adalah Pegawai Pengurusan Kanan syarikat. Syarikat perlu mengesahkan kehadiran dengan mengemukakan Surat Pengesahan Kehadiran Taklimat Tender (muat turun dari laman web rasmi LPPSA) dan surat tersebut hendaklah dikemukakan melalui emel kepada fadhly.rusli@lppsa.gov.my dan marziah.matnawi@lppsa.gov.my sebelum atau pada 24 Julai 2020 jam 5.00 petang.

 

2. Wakil Syarikat juga perlu mengemukakan Surat Perwakilan Kuasa (muat turun dari laman web rasmi LPPSA) dan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat Dengan Kementerian Kewangan (MOF) pada hari taklimat diadakan.

 

3. Petender hendaklah memastikan semua cadangan dokumen teknikal dan cadangan dokumen kewangan dikemukakan berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan. Kegagalan petender mengemukakan dokumen mandatori akan menyebabkan dokumen tender tidak dipertimbangkan.

 

4. Dokumen tawaran yang lewat daripada tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

5. Sebarang pertanyaan mengenai urusan tender hendaklah dibuat secara bertulis menerusi emel kepada fadhly.rusli@lppsa. gov.my dan marziah.matnawi@lppsa.gov.my sebelum tarikh dan waktu tutup tender.