Asklegal

Tender | Renovation

Lembaga Zakat Selangor - Additional Proposals and Internal Modifications


1.Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan tawaran tender vana berdaftar dengan Kewangan Malaysia, berdaftar dengan CIDB serta beralamat di Neger Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti berikut: 


NO TAJUK TENDER
1 Cadangan Tambahan dan Pengubahsuaian Dalaman Ke Atas Cawangan Kajang Untuk   Lembaga Zakat Selangor (MAIS) 
No. Tender: LZS/DP/100-T (1/2020)



GRED & KATEGORI CIDB
 Gred G3 sehingga G7  Kategori : B, CE, ME (Mechanical) & ME (Electrical) 



 TARIKH TUTUP  TENDER
17 Ogos 2020 
12.00 tengah  hari 



NO TAJUK TENDER
2 Cadangan Tambahan dan Pengubahsuaian Dalaman Ke Atas Cawangan Subang Jaya Untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) 
No. Tender:  LZS/DP/100-T (2/2020)


GRED & KATEGORI CIDB
Gred G3  sehingga   G7  Kategori : B, CE, ME (Mechanical)  & ME (Electrical) 


TARIKH TUTUP  TENDER
17 Ogos 2020 
12.00 tengah  hari 


2. Pembida boleh membuat temujanji melalui emel tender@zakatselangor.com.my
(nyatakan tajuk tender yang dipilih pada tajuk emel) bermula 17 Julai 2020 sehingga 21 Julai 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang) dengan melampirkan dokumen dan maklumat seperti berikut: 
a) Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); 
b) Sijil Akuan Pendaftaran CIDB yang lengkap dengan menyatakan gred dan kategori berkaitan serta masih berkuatkuasa; dan 
c) Nama, emel dan nombor telefon Pegawai Syarikat untuk dihubungi 

3. Hanya pembida yang menepati kelayakan sahaja akan dijemput untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak (wajib) pada 23 Julai 2020. 

4. Dokumen tender boleh diperolehi secara atas talian bermula 21 Julai 2020 sehingga 14 Ogos 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang). Hanya pembida yang berkelayakan dan menyertai taklimat tender sahaja dibenarkan membeli dokumen tender. 

5.Pembida boleh memperolehi dokumen tender dengan bayaran secara atas talian (tidak dikembalikan) sebanyak RM100.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat melalui atas talian sahaja atas nama "Lembaga Zakat Selangor (MAIS)”. (Maklumat akaun akan diberikan kepada pembida yang berkelayakan sahaja).

6. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Tender di talian 03-8314 2319 atau 03-8314 2380 

7.Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan 

b/p: Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)