Asklegal

Tender | Installation Tender | Services

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - ICT Related Services


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/Petender untuk membida tawaran Tender No. SSM 6/2020. Dokumen Tender boleh didapati mulai 20 Julai 2020 waktu pejabat di Unit Perolehan, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623, Kuala Lumpur. 
Taklimat tender akan diadakan pada 20 Julai 2020, 10:00 pagi di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM500.00 setelah Borang Semakan Kelayakan Petender disahkan di Unit Perolehan, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral dan seterusnya bayaran hendaklah dibuat di kaunter Bayaran, Tingkat 17, Menara SSM@Sentral dalam bentuk Tunai, Kad Kredit, Bank Draf atau Kiriman Wang Pos (tidak dikembalikan) atas nama Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hanya Pembida / Petender yang berdaftar dengan SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang disenaraikan di bawah dibenarkan untuk membeli dokumen tender. Pembida / Petender juga perlu memenuhi lain-lain syarat yang dinyatakan di bawah sekiranya ada. Sila bawa bersama salinan sijil MOF dalam kod bidang di bawah sebagai bukti. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Pembida / Petender tidak dibenarkan untuk membeli dokumen tender. 

Sebarang pertanyaan berkaitan tender ini hendaklah dibuat melalui email kepada perolehan@ssm.com.my. Tarikh akhir untuk membuat pertanyaan adalah pada 27 Julai 2020.


NO. TENDER
SSM 06/2020


BUTIRAN TAWARAN 
SSM DATA CENTRE, SERVER ROOMS, HARDWARE, SOFTWARE, NETWORK EQUIPMENT, UPS AIR CONDITIONERS, FIRE SUPPRESSION SYSTEM AND LICENCES MAINTENANCE



HARGA HARGA (RM)
500.00



SYARAT KELAYAKAN PETENDER
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod Bidang: 
210101 - Hardware (Low End Technology); dan 
210102 - Hardware (High End Technology); dan
210103 - Software; dan 
210104 - Software/System Development / Customization and Maintenance; dan
210105 - Telecommunication Networking-Supply Product, Infrastructure, Services Including Maintenance; dan 
210108 - Multimedia-Products, Services and Maintenance.


TARIKH TUTUP PENJUALAN DOKUMEN TENDER
3.8.2020 4.00 petang


TARIKH TUTUPI SERAHAN TENDER
10.8.2020 12.00 tengah hari

Bilik Serahan Tender, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral

DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA DAN DIPERTIMBANGKAN