Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka - Books Delivery & Supply


1. Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat/Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya daam kod bidang Bahan Bacaan (010102) serta mempunyai pengalaman dan berkelayakan bagi menyertai tawaran berikut:-


 

NO. TAWARAN

TPB 1/2020


 

JENIS KERJA DAN LOKASI

Membekal dan Menghantar Buku  kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)


 

TARIKH DAN MASA DOKUMEN MULA DIJUAL

6 Ogos 2020 (Khamis)  

Waktu Jualan: Isnin - Jumaat  

9.00 pagi - 12 tengah hari  

3.00 petang – 4.50 petang


HARGA  DOKUMEN

RM100.00 Tidak dikembalikan


 

2. Dokumen tawaran boleh dibeli oleh Syarikat/Kontraktor di Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 3, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, 242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka, dengan mengamalkan penjarakan sosial dan pemakaian mengikut SOP yang dikeluarkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bayaran pembelian dokumen tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang atau Deraf Bank atas nama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

3. Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis TPB 1/2020 : Membekal dan Menghantar Buku kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Aras 3, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, 242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka sebelum atau pada tarikh tutup 21 Ogos 2020 (Jumaat) jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat diterima akan ditolak dan rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

 

4. Kenyataan ini juga terdapat dalam Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) iaitu http://ww.perpustam.gov.my dan MyGovernment Portal (www.malaysia.gov.my)