Asklegal

Tender | Renovation

Jabatan Kerja Raya - Office Upgrade


 

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


Pejabat yang memanggil  tawaran

JKR NEGERI  SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tajuk Projek

MENAIKTARAF PEJABAT YTM DATO' UNDANG LUAK REMBAU, DAERAH REMBAU,  NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (JKR/ DT/N/009/2020)


Taraf / Jenis Syarikat*

Tender Terbuka (Khas Bumiputera) T1


Gred, Kategori &   Pengkhususan/  Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala  & Sub kepala 

 

CIDB  Gred: G4 Kategori: B Pengkhususan: B04


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri, 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus

 

23/07/2020 hingga 6/08/2020 

 

MASA JUALAN: 9.00 Pagi Hingga 12.00 Tengah hari


 

Harga Dokumen &  Bayaran Atas Nama

 

RM340.00 BENDAHARI NEGERI, NEGERI  SEMBILAN


Tempat, Tarikh  Waktu Tender Tutup 

 

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri, 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Tarikh Tutup Tender  13/08/2020 

 

Waktu: 12.00 tengahari


 

Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Pendaftaran bagi sesi taklimat & lawatan tapak akan diadakan pada 23/07/2020 (Khamis) jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan JKR Daerah Rembau


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama BENDAHARI NEGERI. NEGERI SEMBILAN. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak

melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.