Asklegal

Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Main Electricity Supply Upgrade


1.Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) / CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut : -

 

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK UTAMA DAN KERJA - KERJA BERKAITAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) BERANANG, SELANGOR.


NO.TENDER

11/2020


 

TARIKH, MASA &  TEMPAT TAKLIMAT TAPAK 

 

22/07/2020 9.30 pagi

 

Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang Lot 2333, Jalan Kajang Seremban 43700 Beranang, Selangor

 

 

Taklimat dengan mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.


 

TEMPOH PENJUALAN TENDER 

 

 23/07/2020 Hingga 05/08/2020 


 

 LPIPM  

 

Gred: G3 

Kategori : E 

Pengkhususan : E04, E11 & E17 

 


HARGA SENASKAH DOKUMEN 

 

RM 155.00

 


TARIKH  TUTUP  TENDER

 

13/08/2020  (Sebelum 12.00 tengah hari)

 


*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender


 

 

2. Tawaran ini dilaksanakan melalui atas talian (online). Oleh itu pembekal DIWAJIBKAN membuat pendaftaran Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen :

 

i. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

ii. Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

iii. Sijil Asal Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) 

 

Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja. 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00 ptg - 4.30 ptg) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini. 

 

5. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJILAKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa/ Wakil Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender. 

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

 

7.MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah :


PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA, 

JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari 


9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my