Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

RISDA - UPGRADING THE e-SPEC, 1-POWER AND REDS SYSTEM TO GIS PLATFORM


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa pembekal pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210106 & 150100 untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan bekalan dan perkhidmatan seperti berikut :-

 


 

No. Tender

7.0 - 07/2020


Tajuk Bekalan

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA SEPANJANG TEMPOH JAMINAN PROJEK MENAIK TARAF SISTEM e-SPEK, 1-POWER DAN REDS KE PLATFORM GIS


Taklimat Tapak (KEHADIRAN DIWAJIBKAN)

 

21/07/2020 (SELASA)

 

Waktu Pendaftaran : 11.00 Pagi

 

Wajib membawa Sijil Asal MOF dalam Tengahari  bidang berkenaan yang masih sah  tempoh laku serta satu (1) salinan Urusetia:fotostat; 

 

 

Hanya penama di dalam Sijil MOF yang boleh menghadiri lawatan tapak dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama;

 

Pembekal yang lewat tidak akan dibenar menyertai tender.

 

 

Waktu Taklimat : 11.00 Pagi

Tempat : Bilik Gerakan,

Tingkat 11, Bangunan Ibu Pejabat RISDA,

Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Tarikh/Waktu Tutup/ Pejabat Yang   Mengeluarkan Tender 

 

11/08/2020  

  

Tepat Jam 12.00 Tengahari

 

 

Urusetia :-

 

UNIT GAJI PEROLEHAN,  BAHAGIAN  KEWANGAN &  BELANJAWAN

Tingkat 7, Ibu Pejabat  

RISDA, , 50990 

Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

 


1. Dokumen Tender berharga RM100.00 senaskah. Bayaran dokumen tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai/Kiriman wang pos atau Deraf Bank atas nama "RISDA AKAUN BHG KEWANGAN". Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

Isnin hingga Khamis : Dari jam 9.00 pagi – 12.00 tengahari & 2.30 petang - 3.30 petang 

Jumaat : Dari jam 9.00 pagi - 11.45 tengahari & 3.00 petang - 3.30 petang

 

 

2. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada pembekal yang Sah saja. Satu pembekal dibenarkan membeli hanya satu naskah dokumen tender sahaja. Untuk maksud ini, pembekal wajib membawa Siil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang dinyatakan serta masih sah tempoh pendaftaran serta DUA (2) salinan sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat ini semasa membeli dokumen tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN. Peringatan: Hanya penama di dalam Sijil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (1 orang sahaja) yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender penama dan mematuhi Prosedur Operasi Standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

3. Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan & Perkhidmatan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Unit Gaji & Perolehan, Bahagian Kewangan & Belanjawan Tingkat 7, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur tidak lewat daripada 11/08/2020 sebelum jam 12.00 tengah hari. 

 

4. RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

 

"PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"