Asklegal

Tender | Services

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad  - ‘NEW INDOOR DIGITAL MEDIA (IDM) SOLUTION’


 

 

Kami mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan dalam 'Indoor Digital Media (IDM) untuk mengambil bahagian di dalam tender untuk 'NEW INDOOR DIGITAL MEDIA (IDM) SOLUTION'.


PROJEK

‘NEW INDOOR DIGITAL MEDIA (IDM) SOLUTION’


PENGAMBILAN TENDER
Tarikh:  29 - 30 Julai 2020 

Masa: 11:00 pagi - 5:00 petang 

Lokasi: 

Jabatan Perolehan (IT dan Telekomunikasi), Tingkat 17, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur

 

Bayaran sebanyak RM 1,000.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan untuk setiap set dokumen tender. Semua cek bank berpalang hendaklah dibayar kepada 'Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad'.

 

Nama Penerima: 

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 

Bank: Bank Islam Nombor Akaun: 14014010070108 

Nombor Syarikat: 2192 

Butiran Rujukan: IDMTENDERFEE

 

Bukti pembayaran perlu dihantar ke tender@bankrakyat.com.my

 

Bukti pembayaran yang diterima selepas 29 Julai 2020 5:00 petang tidak akan dilayan.

 


 

TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh: 5 Ogos 2020

Masa:10:00 pagi

Lokasi: Taklimat akan dibuat melalui Microsoft Teams.

Pautan akan dihantar melalui e-mel setelah pembelian dokumen tender.


PENUTUPAN TENDER

Tarikh: 21 Ogos 2020

Masa: 5:00 petang

Lokasi:Jabatan Perolehan (UT dan Telekomunikasi)  Tingkat 17, Menara 1  Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, KL Sentral,  50470 Kuala Lumpur

Dokumen tender ini mestilah dilengkapkan dan dikemukakan di dalam sampul surat yang dilakri (sealed) dan ditandakan 'NEW INDOOR DIGITAL MEDIA (IDM) SOLUTION' di penjuru kiri sebelah bawah sampul surat.


 

Berikut adalah keperluan mandatori untuk dipatuhi sebelum memutuskan untuk mengambil bahagian dalam tender ini: 

 

• Cadangan bagi penyelesaian IDM ini mestilah telah dilaksanakan selama 5 tahun terakhir dan digunakan secara aktif selama minimum 2 tahun. 

• Pembekal mesti mempunyai pengalaman pelaksanaan IDM yang komprehensif selama 5 tahun terakhir di sektor Kewangan menggunakan penyelesaian yang dicadangkan. 

• Pelaksanaan sistem IDM baharu mesti diselesaikan dalam masa 3 bulan. 

• Pembekal mesti memberi jaminan dan sokongan selama 6 bulan dengan memberi pilihan untuk menyambung jaminan dan sokongan tambahan selama 6 bulan setelah selesai pelaksanaan sistem IDM baru.

• Penyelenggaraan dan sokongan mesti diberi selama 3 tahun setelah tamatnya jaminan dengan pilihan tambahan 2 tahun setelah kajian prestasi tahunan yang memuaskan. 

• Pembekal mesti mempunyai kewujudan perniagaan tempatan di Lembah Klang dan pasukan sokongan di seluruh negeri. Sebarang dokumen yang diterima oleh pihak Bank selepas dari tarikh di atas TIDAK AKAN diproses dan akan ditolak.

Bank Rakyat tidak terikat untuk memberi sebarang sebab sekiranya tender ditolak dan juga tidak bertanggungjawab bagi sebarang kos semasa vendor mengemukakan tender.