Asklegal

Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Malaysia Pahang - Contract of Service and Delivery of Spare Parts and ICT Equipment


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah tempohnya serta berdaftar dengan Universiti Malaysia Pahang dibenarkan membuat tawaran bagi tender seperti berikut:


BIL 1.

 

NO. TENDER

UMP/BEND.T/2020 (1)


TAJUK TENDER

Kontrak Perkhidmatan Dan Penghantaran Alat Ganti Dan Peralatan ICT Untuk Tempoh 1 Tahun Di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, Universiti Malaysia Pahang

 


KOD BIDANG

Kementerian Kewangan  Malaysia  

 

Kod Bidang : 21010 Dan 210105 

 

Ts. Mohd Rashid Bin Abu Bakar  09-424 6420


HARGA  DOKUMEN

RM200.00


 

TARIKH JUALAN/   TARIKH TUTUP

 Mulai 14 Julai 2016

 Hingga 4 Ogos 2020 

 

Tarikh Tutup  

4 Ogos 2020 (Selasa)  Jam 12.00 Tengah  hari 

 

LAWATAN TAPAK TIADA 


2. Dokumen tender boleh disemak dan diperoleh di Jabatan Bendahari (Bahagian Perolehan), Aras 1, Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur semasa waktu pejabat seperti berikut :

 


Hari                                       Waktu

Isnin - Khamis                   8.00 pagi hingga 1.00 petang

                                           2.00 petang hingga 5.00 petang


Jumaat                              8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari

                                           2.45 petang hingga 5.00 petang


Sabtu, Ahad & Cuti Umum     Tutup


No Telefon                         09-424 5353 / 424 5360


 

3.Dokumen Tender boleh diperoleh dengan mengemukakan Kad Debit kad ATM melalui Sistem Pembayaran Tanpa Tunai (e-pos) di kaunter Bahagian Perolehan, Jabatan Bendahan, Universiti Malaysia Pahang, Pekan 

 

4. Bagi tender yang mempunyai lawatan tapak, pihak syarikat adalah diwajibkan menghadiri dahulu lawatan tapak tersebut sebelum membuat pembelian dokumen. Borang lawatan tapak akan diberikan kepada pemilik / penama syarikat yang sah sahaja. 

 

 

5. Dokumen Tender akan dijual kepada kontraktor atau wakil-wakil yang sah sahaja. Sila kemukakan Satu Salinan Sijil Bumiputera / Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) / Pusat Khidmat Kontraktor / Lembaga Pembangunan Dan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) / Suruhanjaya Tenaga (mana yang berkaitan) yang masih sah tempohnya untuk semakan dan satu salinan untuk simpanan Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Pahang. Pembelian naskah secara kiriman pos tidak akan dilayan. 

 

6. Dokumen tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditandakan dengan jelas nombor, tajuk dan tarikh tutup tender tersebut disudut sebelah kiri atas sampul surat berkenaan dan dimasukkan sendiri ke dalam Peti Tender atau melalui kiriman pos di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Tender yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan 

 

7. Universiti tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran. 

 

8. Notis tender ini juga dipaparkan di laman web rasmi UMP. Sila layari www.ump.edu.my/ms/pembekal

 

BENDAHARI / KETUA PEGAWAI KEWANGAN 

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG