Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services Tender | Renovation

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - River Kim-Kim Maintenance


 

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor bertaraf BUMIPUTERA yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerjaan (SPKK) dan berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) di bawah tajuk /pengkhususan berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-


 

JENIS KERJA & 2BBILANGAN TAWARAN

KERJA-KERJA MEMBERSIH, MENGGALI DAN MENYELENGGARA SUNGAI KIM-KIM, PASIR GUDANG 

 

MPPG/T63/2020/BPK/JKEJ


KOD BIDANG

GRED G4 PENGKHUSUSAN; CE06 & CE21


 

HARGA DOKUMEN

RM300.00


 

LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT TENDER

TARIKH : 16 JULAI 2020 (KHAMIS) 

MASA PENDAFTARAN : 9.00 PAGI - 9.45 PAGI

MASA: 10.00 PAGI 

TEMPAT : BILIK AUDITORIUM, ARAS 3, MENARA AQABAH, MPPG

 

 

PERHATIAN : HANYA PEMILIK SYARIKAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI

TAKLIMAT LAWATAN TAPAK Sila bawa bersama SIJIL LESEN ASAL dan 1 Salinan


 

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang system sebutharga MPPG iaitu di http://www.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 16 JULAI 2020 (KHAMIS) hingga 9 OGOS 2020 (AHAD) dikenkan bayaran seperti dinyatakan di atas dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos atau Kiriman Wang Pos atau Kiriman Wang di atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG dan juga bayaran atas talian ("On-Line") juga akan diterima.

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah

Jalan Bandar, 

81700 Pasir Gudang, Johor

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 10 OGOS 2020 (ISNIN) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Agabah, Pasir Gudang Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


HANYA KONTRAKTOR YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG SAHAJA YANG LAYAK MEMBELI DOKUMEN TAWARAN. SEGALA PEMBELIAN DIBUAT SECARA "ON LINE" DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG IAITU http://kontrak.mppg.gov.my/ eSebut Harga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 -Bahagian Pengurusan Kontrak