Asklegal

Tender | Construction

Johor Corporation - Hall & Mosque Building Works


 

Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projen berikut :-


 

BIL .1

PROJEK 

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Di Felda Semenchu, Dun Penawar, Pengerang, Kota Tinggi, Johor

 

Bilangan Tawaran : JC/T10/2020


KELAYAKAN KONTRAKTOR 

Berdaftar Dengan  LPIPM (CIDB) 

 

Gred: G5

Kategori: B

Pengkhususan : B04

 


*TAKLIMAT TENDER

Tarikh : Rabu / 15 Julai 2020  

 

Jam :  9.30 Pagi 

 

Tempat : Tapak Projek, Masjid Felda Semenchu, Dun  Penawar, Pengerang, Kota Tinggi, Johor (Koordinat: 1.5699793, 104.1014776) (Kehadiran Adalah Wajib Untuk Setiap Pemborong Yang Ingin Membeli Tender)


 

HARGA  DOKUMEN TENDER  

RM500.00


 

BIL .2

PROJEK 

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Felda Air Tawar 5, Dun Penawar, Pengerang, Kota Tinggi, Johor 

 

Bilangan Tawaran : JC/T11/2020


KELAYAKAN KONTRAKTOR 

Berdaftar Dengan  LPIPM (CIDB)  

 

 

 Gred: G4

Kategori: B

Pengkhususan : B04

 

 


*TAKLIMAT TENDER

Tarikh : Rabu / 15 Julai 2020  

 

Jam :  11.00 Pagi 

 

Tempat : Tapak Projek, Masjid Felda Air Tawar 5, Dun  Penawar, Pengerang, Kota Tinggi, Johor(Koordinat:  1.603936, 104.0900119)(Kehadiran Adalah Wajib Untuk Setiap Pemborong Yang Ingin Membeli Tender).  

 

 


HARGA  DOKUMEN TENDER  

RM400.00

 


 

BIL .3

PROJEK 

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Dewan Terbuka Kampung Sepakat Jaya, Daerah Pontian, Johor 

 

Bilangan Tawaran : JC/T4/2020

 

 


KELAYAKAN KONTRAKTOR 

Berdaftar Dengan  LPIPM (CIDB)  

 

 

 Gred: G4

Kategori: B

Pengkhususan : B04

 


*TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh : Khamis / 16 Julai 2020

 

Jam : 9.30 Pagi 

 

Tempat :  Tapak Projek,  Dewan Terbuka Kampung Sepakat Jaya, Daerah Pontian, Johor

(Koordinat: 1.582030, 103.496984) (Kehadiran Adalah Wajib Untuk Setiap Pemborong

Yang Ingin Membeli Tender

 


HARGA  DOKUMEN TENDER  

RM300.00


 

* - Taklimat tender adalah diwajibkan. Hanya penama yang tercatat di dalam sijil CIDB yang dibenarkan menghadiri taklimat berkenaan.

 

Hanya pemborong yang menghadiri taklimat tender dibenarkan untuk membeli dokumen tawaran. 

 

 

Dokumen Tawaran boleh didapati di Pejabat Naib Presiden, Teknikal & Pra Pembangunan, Divisyen Pembangunan Industri, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor, Tel: (07) 2766298 mulai Isnin, 20 Julai 2020 hingga Isnin, 3 Ogos 2020 dalam waktu pejabat (Ahad, 8.30 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 4.30 petang), (Isnin - Rabu, 8.00 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.15 petang) dan (Khamis, 9.30 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.15 petang).

 

 

Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Isnin, 10 Ogos 2020 di alamat Naib Presiden, Teknikal & Pra Pembangunan, Divisyen Pembangunan Industri, Johor Corporation Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari. 

 

 

Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :-

a) Sijil Asal (termasuk salinan fotostat) Pendaftaran Pemborong Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 

b) Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)(Salinan) 

c) Sijil Bumiputera Asal (termasuk Salinan fotostat). 

 

Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna. 

 

Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau KIRIMAN WANG di atas nama u TECHNOPARK SDN. BHD. 

Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peu le yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas. Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.