Asklegal

Tender | Services

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu - Safety Security Services


KOD TENDER: T (KP) 01/2020

1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat Bumiputera berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 dan yang masih dibenarkan membuat tawaran Perolehan Perkhidmatan sebagaimana berikut:

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API)

DI BANGUNAN WISMA DARUL IMAN, KUALA TERENGGANU

 

2. Petender yang berminat untuk menyertai tawaran ini adalah DIWAJIBKAN hadir taklimat pada 13 Julai 2020 (Isnin) jam 11.00 Pagi di Dewan Teater, Blok Menara Wisma Darul Iman, Tingkat Bawah, 20503 Kuala Terengganu. Sesi pendaftaran bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Hanya PENAMA di dalam Sijil Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan menghadiri sesi taklimat tersebut.

 

3. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga sebanyak RM 30.00 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Khidmat Pengurusan), Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu mulai pada 13 Julai 2020 (Isnin) dengan membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia dan sijil taklimat pada hari dan waktu sebagaimana berikut:

 

Ahad hingga Rabu: 8.30 pagi hingga 12.00 Tengahari 2.30 Petang hingga 3,00 Petang 

Khamis: 8.30 pagi hingga 12.00 Tengahari

 

 

4. Dokumen tender yang lengkap hendaklah dimasukkkan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk di sebelah kiri sampul surat. Dokumen tender tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 4 Ogos 2020 (Selasa) jam 12.00 tengahari dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Khidmat Pengurusan), Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

 

5. Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran.

 

6. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://www.terengganu.gov.my

YB Setiausaha Kerajaan Terengganu

Pejabat  Setiausaha Kerajaan

Negeri Terengganu