Asklegal

Tender | Purchase Tender | Vehicle Tender | Services

Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam - MotoLori For Sale


 

 

TENDER MOTOLORI 

1. Tawaran adalah dipelawa untuk membeli aset dan barang seperti berikut :


Bil                       Perihal                                                             Kuantiti    Harga Simpanan    Deposit  Tender

1.           Penggerak utama (Nissan) ACM 1539                     1               RM 10,000.00              10%


2.           Lori Rigid-Dumper/Tipper (Nissan) ABB 7220.      1              RM 7,000.00                 10%


 

2. Aset dan barang boleh dilihat pada 27 Julai 2020 hingga 29 Julai 2020 diantara jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di perkarangan tempat letak kenderaan Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam. 

 

3. Tender akan ditutup pada 15 Ogos 2020 tepat jam 12.00 tengah hari. 

 

4. Tawaran boleh dibuat dalam bentuk surat biasa dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan / no.syarikat, alamat, butiran asset/barang yang dikehendaki, harga tawaran dan deposit tender ATAU tawaran dibuat dalam Borang lawaran lender yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 5 Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari. 

 

5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan dalam sampul dan ditanda Tender No 1 dan 2 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat : 

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

45300 Sungai Besar Selangor Darul Ehsan

 

6. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN TENDER 

 

6.1 Aset dan barang akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. 

 

6.2 Pentender adalah dikehendaki menyertakan deposit tender sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset dan barang atau RM 10,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit tender hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/ bank deraf atau Cashiers' Order atas nama Bendahari Negeri Selangor. Tawaran tanpa deposit tender tidak akan dipertimbangkan. 

 

6.3 Semua asset dan barang adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis). 

 

6.4 Jabatan ini tidak bertanggungjawab keatas asset dan barang yang rosak setelah dijual. 

 

6.5 Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset dan barang hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri. 

 

6.6 Petender yang Berjaya hendaklah membuat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemberitahuan keputusan. Jika bayaran penuh tidak dapat dijelaskan dalam tempoh 14 hari deposit tender akan dilucuthak dan jabatan akan melupuskan semua aset barang berkenaan dengan apa-apa cara yang difikir suaimanfaat 

 

6.7 Petender yang Berjaya hendaklah mengeluarkan aset dan barang dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan, jika tidak jabatan berhak untuk melupuskan semua dana pa-apa bayaran yang telah dibuat akan dilucutkan. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset dan barang boleh dikeluarkan daripada tempat ia disimpan.