Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Taiping - Tram Service


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor - kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia seperti dinyatakan di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

 


BIL 1.


RUJUKAN 

M.P.Tpg, L/8/7 Bhg 3.


NO. KONTRAK 

MPT/JZ/T/43/20


PENDAFTARAN KELAS

Kementerian Kewangan Malaysia - 221503

 


NAMA PROJEK

Perkhidmatan Tram di Zoo Taiping, Majlis Perbandaran Taiping


HARGA (RM)

50.00


 

1. Naskah Meja Tender akan dipamerkan mulai 8 Julai 2020 hingga 3 Ogos 2020 semasa waktu pejabat di Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 3, Wisma Perbandaran, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, 

 

2. Dokumen tender akan dijual mulai 13 Julai 2020 mengikut waktu pejabat sehingga 3 Ogos 2020. Dokumen TIDAK akan dijual selepas tempoh ini. 

 

3. Taklimat tender dan lawatan tapak akan diadakan pada tarikh 14 Julai 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Tapak Pavilion, Jabatan Zoo Taklimat tender adalah DIWAJIBKAN dan hanya penama yang dinyatakan di dalam Sijil Kewangan sahaja dibenarkan menghadiri taklimat tender. Wakil adalah tidak dibenarkan,

 

4. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran ASAL Kementerian Kewangan beserta surat kebenaran mengambil tender daripada Kontraktor 

 

5. Semua tawaran mestilah dikemukakan dalam sampul surat bermeteri dan dialamatkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di Jabatan Akaun Dan Kewangan, Tingkat 1, Wisma Perbandaran, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 3 Ogos 2020. 

 

6. Majlis Perbandaran Taiping tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran,

 

YANG DIPERTUA,

MAJLIS PERBANDARAN TAIPING