Asklegal

Tender | Construction

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - Building Construction


 

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:-


No. Tender

7.0 -05/2020


Tajuk Kerja

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN PEJABAT 2 TINGKAT, PEJABAT RISDA DAERAH MERSING BERSERTA KEMUDAHAN BERKAITAN DI ATAS SEBAHAGIAN LOT PTD 19563, MUKIM MERSING, DAERAH MERSING, JOHOR DARUL TA'ZIM


Syarat-Syarat Pendaftaran

PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK) OLEH CIDB 

SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) OLEH CIDB 

BERDAFTAR DENGAN CIDB 

Gred G5

Kategori B

Pengkhususan B04

SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) OLEH PKK


Lawatan Tapak

 

Tarikh:  14/07/2020 (SELASA) 

 

Jam 10.00 pagi 

 

KEHADIRAN  DIWAJIBKAN 

 

Petender diminta berkumpul di:-

PEJABAT RISDA 

DAERAH MERSING, 

No. 3, Jalan 

Jemaluang, Bandar

Tepian Sungai, 86800 

Mersing, Johor Darul Ta’azim


Harga Dokumen Tender

RM1,040.00


Tempoh Pembelian Dokumen

 

 Mulai pada 15/07/2020 Sehingga 05/08/2020


Tarikh/ Waktu Tutup/ Pejabat Yang Mengeluarkan Tender

 

05/08/2020 Tepat Jam 12.00 Tengah Hari 

 

Urusetia: 

UNIT GAJI & PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN & BELANJAWAN, 

Tingkat 7, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur


 

1. Bayaran dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Tunai/Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama "RISDA AKAUN BHG KEWANGAN”. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

Isnin hingga Khamis : Dari jam 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 3.30 petang 

Jumaat: Dari jam 9.00 pagi - 11.45 tengah hari & 3.00 petang - 3.30 petang 

 

 

2. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah saja. Satu kontraktor dibenarkan membeli hanya satu naskhah dokumen tender sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor wajib membawa SIJIL LAWATAN TAPAK ASAL, SIJIL PENDAFTARAN ASAL PKK dan CIDB yang masih sah tempoh pendaftaran serta DUA salinan pendua kedua-dua sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat ini semasa membeli dokumen tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN. 

 

Peringatan: Hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja sahaja) yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender penama dan mematuhi Prosedur Operasi Standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

 

3. Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Kerja dan dimasukkan ke dalam peti Tender Unit Gaji & Perolehan, Bahagian Kewangan & Belanjawan Tingkat 7, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur tidak lewat daripada 05/08/2020 sebelum jam 12.00 tengah hari. 

 

4. RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

 

"PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"