Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Certificate Programme Update to Diploma


 

1.Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut: 

 

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH PERALATAN BAGI MENAIKTARAF PROGRAM SIJIL KE PERINGKAT DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI) DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) BESERI, PERLIS 


NO. TENDER 

10/2020


KOD BIDANG

130101 atau 130102 


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

07/07/2020 Hingga 20/07/2020  

 

ISNIN-KHAMIS

8.30 pagi - 1.00 petang

2.00 petang - 4.30 petang

 

JUMAAT

8.30 pagi - 12.15 t/hari

2.45 petang - 4.30 petang


 

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

21/07/2020

Pendaftaran : 10.00 Pagi

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) BESERI PERLIS

KM. 14, Jalan Kaki Bukit 02400 Beseri, Perlis

 

Taklimat dengan mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara


HARGA SENASKHAH DOKUMEN

RM69.65


TARIKH TUTUP TENDER

11/08/2020  (Sebelum 12.00  tengah hari) 


 

2. Tawaran ini dilaksanakan melalui atas talian (online). Oleh itu pembekal DIWAJIBKAN membuat pendaftaran syarikat melalui laman web. www.sennego.com sebelum menyertai tawaran ini. Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ini, sila hubungi pusat khidmat pelanggan SENNEGO di talian 03-77879734/77879731 atau emel kepada bantuanSPE@commercedc.com.my . 

Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli nombor pin. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang dibenarkan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak serta membeli nombor pin dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJILAKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender. 

 

3. Bagi membolehkan pembekal mengakses sistem dan memuat turun dokumen selepas mendaftar syarikat dengan SENNEGO, pembekal perlu membuat pembelian nombor pin dengan hadir ke Tingkat 2 (Kaunter Tender) Lot 3.15, Ibu Pejabat MARA, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur beserta sijil-sijil berikut yang masih sah tempoh untuk semakan: i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA dan MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

 

4 Nombor Pin boleh diperolehi dengan mengemukakan bukti bayaran. Bayaran boleh dibuat secara Draf bank/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) dengan nilai seperti yang tercatat di atas dan wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

5. Pembekal dikehendaki memuat turun semua dokumen tender melalui laman web www.sennego.com mulai 07/07/2020 hingga 20/07/2020. 

 

6. Pembekal dikehendaki mengemukakan dokumen tender secara manual dan melalui atas talian (online) sebelum atau pada tarikh tutup tender. 

 

7. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal. 

 

8. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

9. Yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada pembekal yang berjaya adalah sebanyak 0.7% bagi setiap transaksi yang disempurnakan daripada nilai setiap invois. 

 

10. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR.

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari 

 

11. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my