Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) - Services For Science Equipment


1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut



TENDER KALI KETIGA CADANGAN KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH KELENGKAPAN ALATAN SAINS UNTUK MAKMAL SAINS, KOLEJ MARA (KM) BANTING, SELANGOR



NO. TENDER
9/2020



KOD BIDANG
130101 atau 130102


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
30/06/2020 Hingga 15/07/2020


TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER
16/07/2020 Pendaftaran : 10.00 Pagi
KOLEJ MARA (KM) BANTING, Jalan Labuhan Dagang,
Bukit Changgang, 42700 Banting, Selangor
Taklimat dengan mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara


HARGA SENASKAH DOKUMEN
RM 150.85
TARIKH TUTUP TENDER
06/08/2020 (sebelum 12.00 tengah hari)

2.Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semalan sebelum dibenaran membeli dokumen. 
i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 
ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 


Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa sesi taklimat dan membeli dokumen. Pembekal hendaklah membawa cop syarikat semasa menghadiri Taklimat Tender. MARA berhak menolak permohonan yang ada
tanggapan MARA tidak layak. 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF I WANG POS / KIRIMAN WANG atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)Wang ini tidak akan dikembalikan, Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap kender dan
mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

5.Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. WAKIL SYARIKAT adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemuca KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dan SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan, Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal. 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran MARA berhak untuk membatalkan atau menunda zau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender can Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:
PENGARAH 
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN
TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER)
LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA, 21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR


Sebelum atau pada tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari 
9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my