Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Universiti Kuala Lumpur - Cleaning Services


 

1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera tempatan yang masih sah tempoh sahlaku pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyertai tender berikut:-


 

NO.TENDER

UNIKL/MIAT/ T/2020/ 001


TAJUK

CADANGAN MENYEDIAKAN  


HARGA

PERKHIDMATAN  PEMBERSIHAN BAGI KERJA-KERJA MEMBERSIH KAWASAN, BANGUNAN DAN MENYELENGGARA LANSKAP DI UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY (UNIKL MIAT) KAMPUS SUBANG


HARGA DOKUMEN TENDER

RM250.00 


KOD BIDANG

Kod Bidang 221001 (Pembersihan Bangunan & Pejabat) dan 221002 (Membersih Kawasan)


 

TARIKH & TEMPOH DOKUMEN DIJUAL

 

Mulal: 03/07/2020 Hingga: 24/07/2020. Kaedah Bayaran: Melalui JomPay

 


TEMPAT & TARIKH PENGAMBILAN DOKUMEN TENDER

Pejabat Perolehan, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (Unik MIAT) Dengkil, 

Selangor. (Sila buat temujanji)

 

Masa 9.00 pagi - 4.00 petang


TARIKH  TENDER DIBUKA & DITUTUP 

 

 BUKA:  03/07/2020  TUTUP: 24/07/2020 

 


 

2. Bayaran dokumen tender boleh dibuat melalui JOMPAY. Wang ini tidak akan dikembalikan. TIADA LAWATAN TAPAK bagi membendung dan memutuskan rantaian wabak COVID-19. Syarikat yang berminat perlulah hantar emel kepada miat.procurement@unikl.edu.my untuk mendapatkan Soalan-soalan lazim (FAQ) perihal tender dan cara membuat bayaran (melalui CIMB JOMPAY). 

 

3.Syarikat juga dibenarkan membuat lawatan tapak (melalui temujanji dengan menghubungi Pegawai UniKL MIAT Kampus Subang di talian 03-80841315 dan tertakluk kepada syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 

 

4.Hanya syarikat Bumiputera yang masih sah tempoh sahlaku pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang dinyatakan di atas sahaja layak menyertai tender ini. 

 

 

5. Syarikat/Petender yang layak hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah

tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan menuntut dokumen: 

I. RESIT CETAK TRANSAKSI PEMBAYARAN DOKUMEN TENDER (JOMPAY) 

II. SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA INT. 

III.SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 6. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

7. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal 

 

8. UniKL tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. UniKL berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

9. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yangbermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender, UniKL MIAT, Dengkil pada tarikh dan masa yang dinyatakan seperti di bawah:

 

 

TIMBALAN PENGURUS BESAR 

JABATAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN

UNIVERSITI KUALA LUMPUR 

MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY (UNIKL MIAT)

LOT 2891, JALAN JENDERAM HULU, 43800 DENGKIL, SELANGOR 

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender 24 Julai 2020, jam 12.00 tengah hari. 

 

10. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender bersabit dari apa-apa punca sekalipun, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.