Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Manjung - Safety Security Services


 

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf BUMIPUTERA di bawah kod bidang 220801 yang masih sah dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman, kewangan yang kukuh dan stabil serta peralatan dan kenderaan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-


BIL 1

BUTIRAN TAWARAN/ RUJUKAN SEBUT HARGA

Tawaran Tender Terbuka Bagi Kerja-Kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di BangunanBangunan Dan Aset-Aset Milik Majlis Perbandaran Manjung Termasuk Kawasan-kawasan Yang Diisytiharkan Sebagai Kawasan Dan Tempat Larangan Di Bawah Akta Kawasan Dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298)

Kawalan Keselamatan Meliputi Pengawal Bersenjata Dan Tidak Bersenjata / Statik MPM JKP/T/1/2020



KOD BIDANG

220801 Pertahanan Dan Keselamatan


TARIKH  DOKUMEN  DIJUAL

 

30 Jun 2020 (Selasa). Hingga  20 Julai 2020 (Isnin) 


TARIKH TUTUP DAN HANTAR BORANG

 

Tarikh 

 

20 Julai 2020 (Isnin)  

 

Waktu

 

12.00 Tengahari

 


HARGA DOKUMEN SENASKAH (RM)

 

RM50.00


2. Dokumen Tender boleh disemak dan dibeli dengan bayaran wang tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan mulai 30 Jun 2020 sehingga 20 Julai 2020 mengikut waktu berikut: 


HARI                       WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN, MPM 

ISNIN-KHAMIS         8.15 pagi - 1.00 petang        2.15 petang - 4.15 petang

JUMAAT                   8.15 pagi – 12.00 tengahari.  2.45 petang - 4.15 petang


Dokumen Tender tidak akan dijual atau dikeluarkan selepas tempoh di atas.

 

3. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan bagi kontraktor yang ingin memasuki Tender ini (wakil tidak dibenarkan). Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang hadir pada sesi taklimat sahaja.

 

4. Berikut adalah aturcara taklimat yang perlu dipatuhi. 

 


TARIKH

30 Jun 2020 (Selasa)


MASA

9.30 pagi - 9.45 pagi


SESI

Pendaftaran


TEMPAT

Tingkat 1, Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung, 32040 Seri Manjung, PERAK.


5. Semasa pendaftaran taklimat dan pembelian Dokumen Tender, Petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut bersama CAP SYARIKAT: 

a. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa; 

 

b. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa; dan 

 

c. Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.

 

6. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu Sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Tender untuk mengelakkan kelewatan pembelian dan penghantaran Dokumen Tender. Sila buat pendaftaran terlebih dahulu di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor yang tidak mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung, tidak dibenarkan untuk membeli Dokumen Tender.

 

 

7. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 20 Julai 2020. Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.

 

8. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan.

 

9. Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.