Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) - Raw Material Supply & Delivery Service


1.Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat syarikat yang memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan tawaran sebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta beralamat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti berikut:

 


PERKARA

Perkhidmatan Membekal & Menghantar Bahan Mentah (Kering & Basah) Untuk Kegunaan Bait Al Mawaddah (Pusat Jagaan Warga Eman) Dan Baitus Salam

(Rumah Perlindungan Muallaf) Bagi Lembaga Zakat Selangor Tahun 2020

 

 No. Sebutharga: LZS/DP/100-SH (3/2020)


KOD BIDANG (WAJIB)

040101 - Makanan dan Bahan Mentah kering/Basah atau

040103 Makanan Bermasak (Islam)


TARIKH TUTUP SEBUTHARGA

22 Julai 2020 12.00 tengah hari


2.Pembida boleh membuat temujanji melalui emel tender@zakatselangor.com.my bermula 26 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang) dengan melampirkan dokumen dan maklumat seperti berikut: 

 

a) Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); 

b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan yang lengkap dengan menyatakan kod bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa; dan 

c) Nama dan Nombor Telefon Pegawai Syarikat untuk dihubungi 

 

3. Hanya pembida yang menepati kelayakan sahaja akan dijemput untuk menyertai taklimat sebutharga (wajib) pada 2 Julai 2020. 

 

4. Dokumen sebutharga boleh diperolehi secara atas talian bermula 2 Julai 2020 sehingga 20 Julai 2020 pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.00 petang - 3.30 petang). Hanya pembida yang berkelayakan dan menyertai taklimat sebutharga sahaja dibenarkan membeli dokumen sebutharga. 

 

5. Pembida boleh memperolehi dokumen sebutharga dengan bayaran secara atas talian (tidak dikembalikan) sebanyak RM50.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat melalui atas talian sahaja atas nama "Lembaga Zakat Selangor (MAIS)".(Maklumat akaun akan diberikan kepada pembida yang berkelayakan sahaja). 

 

 6. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 03-83142318 atau 03-83142845.

 

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan. 

 

b/p: Ketua Pegawai Eksekutif 

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)