Asklegal

Tender | Construction Tender | Renovation

Perbadanan Putrajaya - Renovation & Road Works Related


(KONTRAKTOR BUMIPUTERA SAHAJA) KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KOMPLEKS PUTRAJAYA SENTRAL, PRESINT 7, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

(NO. TENDER : PPJ/JB/T/23/2020)


1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor/Syarikat bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas. Kontraktor/Syarikat yang berminat untuk menyertai tender ini boleh layari laman https://dcoins.ppi.gov.my bagi tujuan pendaftaran kontraktor/syarikat. 

 

2. Maklumat Tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:


SYARAT MEMASUKI TENDER

Gred: G7 

Kategori: F Khusus:

F01

Dan  Berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Untuk Taraf Bumiputera

 


TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK

 

Taklimat Dijalankan Secara Atas Talian Pada 1 Julai 2020 (Rabu)

 

Lawatan Tapak Tidak Diwajibkan


TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

 

1 Julai 2020 (Rabu) hingga 15 Julai 2020 (Rabu) 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya


HARGA DOKUMEN BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA

 

Ringgit Malaysia  RM500.00 (Tidak Dikembalikan) Tunai/Draf Bank Perbadanan Putrajaya


 

TARIKH, WAKTU &  TEMPAT TENDER  DITUTUP 

 

22 Julai 2020 (Rabu)  12.00 tengah hari 

Bahagian Perolehan &  Ukur Bahan, Jabatan  Kewangan, Aras 1, Perbadanan Blok C,  Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya


3. Kontraktor/Syarikat juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang serupa bernilai sekurang-kurangnya RM 300,000.00 bagi (0) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu.

 

4. Kehadiran Kontraktor / Syarikat bagi taklimat dan lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Kontraktor/ Syarikat yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan tender berkenaan pada pautan Portal Perbadanan Putrajaya. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat.

 

5.Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja dimana wakilwakil Kontraktor/Svarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). Salinan Sijil-sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU.

 

6.Tender ini akan ditutup pada 22 Julai 2020 bersamaan hari Rabu, jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.

 

7.Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran dokumen Tender tidak akan dikembalikan.

 

KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT: www.ppj.gov.my