Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) - Oil Palm Plantation Re-Plantation


 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) DAN Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai tawaran TENDER seperti tajuk kerja yang berikut :

 


NO.1


NO.SIRI TENDER

PKPS/UP/TDR-7/20


TAJUK KERJA

TAWARAN TENDER BAGI KERJA-KERJA PENANAMAN SEMULA KELAPA   SAWIT, SELUAS 103 HEKTAR, DI TANAH LOT 5902 MUKIM ULU BERNAM, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

 


TARIKH, MASA & TENDER LAWATAN TAPAK 

 29 JUN 2020 (ISNIN)  

JAM 9.00 PAGI 

 

Tempat Berkumpul : Pejabat Pentadbiran, Ladang

PKPS Sungai Panjang


 

NOTA & PERINGATAN : 

 

i. Borang Tender dijual secara tunai pada harga RM100.00 satu sahaja dan wang pembelian borang tersebut tidak akan dipulangkan dalam apa jua keadaan. 

 

ii.. Setiap syarikat hanya layak membeli SATU (1) dokumen Tender sahaja. 

 

iii. Borang Tender akan dijual mulai 02 JULAI 2020 (KHAMIS) pada waktu pejabat di Unit Perolehan PKPS, Tingkat 11, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675 Shah Alam, Selangor. 

 

V. Borang Tender yang lengkap hendaklah DILAKRI dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Ibu Pejabat PKPS, di Tingkat 10, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675 Shah Alam, Selangor menggunakan sampul surat yang disediakan. Bagi Borang Tender yang diserah melalui POS, penghantaran perlu menggunakan Pos Akuan Berdaftar dan perlu tiba ke Ibu Pejabat PKPS pada atau sebelum 24 JULAI 2020 (JUMAAT) JAM 12 TENGAHARI. 

 

vi. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 JULAI 2020 (JUMAAT) JAM 12 TENGAHARI 

 

vii. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perolehan PKPS di talian : 03-55192621/2/3 atau Pengurus Ladang PKPS Sg. Panjang/ Jelutong Jati/ Badak (En. Irwan Sareman Bin Abdul Hamid) di talian 012-822 4897.