Asklegal

Tender | Services Tender | Renovation Tender | Design

Ranhill SAJ Sdn. Bhd - Renovation & Interior Design Work


SAJ / TA / 66 / 2020

(OPEN TENDER)

 

1.0 Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat syarikat yang berdaftar dengan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) GRED G5 DAN KE ATAS Kategori B - B04 (Kerja-kerja Pembinaan Bangunan) dan B - B07 (Hiasan Dalaman) tempatan yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan yang masih dibenarkan untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 

PROPOSED RENOVATION AND INTERIOR DESIGN WORK OF A COMMAND CENTER AND EXECUTIVE OFFICE AT RANHILL SAJ HEADQUARTERS, JALAN GARUDA, LARKIN, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM

 

2.0 Naskah Meja Tender akan dipamerkan mulai 30.06.2020 (SELASA) hingga 10.07.2020 (KHAMIS) semasa waktu pejabat seperti berikut :-

 

HARI

Ahad hingga Khamis

 

 

WAKTU 

8.30 pagi - 1.00 t/hari 

2.00 petang - 4.15 petang

 

 

di Pejabat Jabatan Kontrak & Perolehan, Bangunan Ibu Pejabat Ranhill SAJ Sdn. Bhd Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor.

 

3.0 Dokumen Tender akan dijual mulai 30.06.2020 (SELASA) mengikut waktu-waktu seperti di perenggan 2.0 di atas sehingga 09.07.2020 (KHAMIS). Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini.

 

4.0 Pentender yang ingin memasuki tawaran ini dikehendaki mengeluarkan WANG TUNAI/WANG POS/WANG KIRIMAN/BANK DERAF yang berharga RM500.00 (RINGGIT MALAYSIA : LIMA RATUS SAHAJA) dan dibuat atas nama RANHILL SAJ SDN. BHD. sebagai bayaran satu (1) set Dokumen Tender.

 

5.0 Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) serta SATU (1) SALINAN SIJIL-SIJIL tersebut untuk simpanan RanhillSAJ.

 

6.0 Pentender adalah diwajibkan untuk menghadiri satu sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan pada 30.06.2020 (SELASA). Wakil wakil Pentender yang ingin menyertai taklimat dan lawatan tapak ini diminta hadir di BILIK MESYUARAT SRI PULAI, RANHILL SAJ SDN. BHD., JALAN GARUDA, LARKIN, JOHOR, Tel. No. : 019-776 3374 (NURULASHIKIN BIN ABDUL RAHMAN) pada pukul 10.30 pagi pada hari yang tersebut.

 

7.0 Tender ini akan ditutup pada 16.07.2020 (KHAMIS). Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Ketua Kontrak & Perolehan, Bangunan Ibu Pejabat Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor pada atau sebelum 2.30 petang dengan menggunakan sampul surat yang berlakri dengan menulis Tajuk Tender, No. Tender : SAJITA/66/2020 dan Tarikh Tutup Tend pada sudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

 

8.0 Pentender-pentender yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung kenyataan boleh melayari laman web RanhillSAJ di alamat www.ranbillal

 

9.0. Pentender-pentender perlu mematuhi GARISPANDUAN UNTUK PENCEGAHAN WABAK PENYAKIT BERJANGKIT (COVID-19) sepanjang proses penawaran tender.