Asklegal

Tender | Services

Majlis Daerah Kota Tinggi - Repair Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor yang memiliki Sijil-sijil berikut Sijil Pendaftaran Kontraktor Majlis Daerah Kota Tinggi Sijil Pendaftaran Johor Centre For Construction Development (JCCD), Sijil Pendaftaran Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPKK) oleh CIDB : Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB, Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh PKK dan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam Gred dan Kategori yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja sebagaimana berikut: 


Bil 

01


NO RUJUKAN TENDER

 MDKT/JK/MB(AT)/2020/01


TAJUK TENDER 

KERJA-KERJA MEMBAIKI KEROSAKAN DI KAWASAN PELANCONGAN AIR TERJUN KOTA TINGGI DAN KOMPONEN PEMBANGUNAN DI DALAMNYA SERTA KERJA-KERJA BERKAITANNYA


 

SYARAT  PENDAFTARAN

GRED G3 KAT: CE21 


JABATAN  

JABATAN KEJURUTERAAN


Naskah Meja Tender boleh disemak di jabatan* berkaitan pada waktu pejabat bermula pada 02 Julai 2020 (Khamis). Taklimat dan lawatan tapak bagi projek ini adalah DIWAJIBKAN dan wakil adalah tidak dibenarkan. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 02 Julai 2020 (Khamis), Jam 9.30 pagi, bertempat di Air Terjun Kota Tinggi. 

 

Dokumen Tawaran Tender boleh dibeli selepas tarikh lawatan tapak dengan mengemukakan sijil asal JCCD, PKK, CIDB serta sijil kod bidang yang berkaitan di Jabatan Khidmat Pengurusan, MDKT dengan harga RM100.00 senaskah. Bayaran hendaklah dalam bentuk Wang Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama Majlis Daerah Kota Tinggi. 

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Jalan Padang, Kota Tinggi menggunakan sampul surat. Tarikh Tutup Tender adalah pada 22 Julai 2020 (Rabu), Jam 12.00 tengah hari. 

Saya yang menurut perintah,

 

SAIPOL RAHMAN BIN HAJI AMAT 

Yang Dipertua , 

Majlis Daerah Kota Tinggi

 

Tarikh Iklan : 25 Jun 2020