Asklegal

Tender | Services

Majlis Agama Islam Melaka - House & Hall Management


 

 

 

 

 

 

1. Pelawaan kepada syarikat - syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Kod Bidang Pendaftaran yang berkaitan membuat tawaran bagi bekalan / perkhidmatan seperti berikut:-


 

Butir - Butir Tawaran

MENGURUS, MENYELENGGARA DAN MENGOPERASI 37 BILIK PENGINAPAN SERTA SEBUAH DEWAN DI KOMPLEKS MASJID KAMPUNG HULU, KAWASAN BANDAR VII, DAERAH MELAKA MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

 


Harga Dokumen (RM)

RM 200.00


 

Syarat Pendaftaran 

Kementerian  Kewangan Malaysia (M.O.F)   Kod Bidang :  222501

 


Tempat, Tarikh & Waktu Taklimat

 01.07.2020 (Rabu) 10.00 Pagi  

 

Dewan Kompleks  Masjid Kampung Hulu 

 

(SESI TAKLIMAT ADALAH WAJIB)

 


Tempat Dan Tarikh Dokumen Diperolehi

 

Bahagian Kewangan, Aras 1, Majlis Agama

Islam Melaka, Pusat Islam Melaka,

Bukit Palah, 75400 Melaka

 

01.07.2020 (Rabu) hingga 13.07.2020 (Isnin) (9.00 Pagi - 4.30 Petang)


Tarikh Tutup Tawaran

 

Khamis

16.07.2020

 

Jam 12.00 Tengahari


 

 

2. Pencadang yang ingin memasuki pelawaan di atas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 200.00 (tidak dikembalikan) secara TUNAI / WANG POS/WANG KIRIMAN POS / DERAF BANK atas nama Majlis Agama Islam Melaka bagi setiap satu set dokumen pelawaan.

 

3. Dokumen pelawaan hanya akan diberi kepada Pencadang atau wakilnya yang sah berdasarkan kepada Sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia yang dikemukakan beserta salinan setiap satunya.

 

4. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis tajuk sebutharga dan nombor rujukan berkaitan dan dimasukkan ke dalam peti Tawaran secara SERAHAN TANGAN di Aras Bawah, Majlis Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, + 75400 Melaka.

 

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka