Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services

FINAS - Services For 4K Realtime


 

Tawaran tender adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah tempoh laku bagi menyertai tender:


NO./TAJUK TENDER

 

FINAS(R)A.002/56(20)-05

 

TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENGKONFIGURASI DAN MENTAULIAH PERALATAN 4K REALTIME PRODUCTION DI. FINAS HULU KELANG

 


KOD BIDANG  - 221304 - AUDIO VISUAL  


TARIKH TUTUP TENDER 

 

4 Ogos 2020 (Selasa) pada jam 12.00 Tengah hari 

 

Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan


Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang mulai 2 Julai 2020 (Khamis) hingga 3 Ogos 2020 (Isnin) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS Petaling Jaya, Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 2, Bangunan Utama, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor dengan mengemukakan salinan dokumen berikut:-

 

i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ii) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 

 

Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) senaskah (tidak dikembalikan). Bayaran boleh dibuat secara tunai / Cek / Bank Draf / Wang Pos. 

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender yang ditempatkan di:

 


PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

FINAS PETALING JAYA, UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN, ARAS 2, BANGUNAN UTAMA,

JALAN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR.

TEL: 03-7968 2137