Asklegal

Tender | Services

Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) - Research For Possible Water Treatment Plant


Tender adalah dipelawa kepada Syarikat Perunding di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengikut syarat-syarat pendaftaran yang berkaitan untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan kerja-kerja berikut :-


BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. TENDER:

IRDA. 100-PRO/5(8)

 

Tajuk Projek:

KAJIAN KEMUNGKINAN  BAGI LOJI RAWATAN AIR KULAI-SEDENAK

 

(APPOINTMENT OF CONSULTANT TO CARRY OUT FEASIBILITY STUDY FOR SG ULU PONTIAN BESAR SMART WATER TREATMENT PLANT  - KAJIAN KEMUNGKINAN BAGI SUNGAI ULU PONTIAN BESAR LOJI RAWATAN AIR PINTAR)

 


HARGA DOKUMEN TAWARAN

RM 500.00 (Termasuk 6%   Cukai Jualan dan Cukai  Perkhidmatan)

Bayaran untuk dokumen Tender adalah secara Draf Bank atau Kiriman Wang Pos kepada "Iskandar Regional  Development Authority”

Wang bayaran  dokuman Tender ini tidak akan dikembalikan.


TARIKH DAN TEMPAT  DOKUMEN DIJUAL 

Tarikh:  29hb Jun 2020 - 23hb Julai 2020

 

Tempat:

Pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, #G-01, Blok 8,

Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru

(Tel: 07-233 3000)

 

Waktu Jualan:

 

Ahad - Rabu: 

(8.30am - 1.00pm)  (2.00pm - 5.30pm)

 

Khamis: 

(8.30pagi - 1.00 ptg) (2.00ptg – 4.30ptg)


TARAF DAN SYARAT PENDAFTARAN

 

Taraf: Terbuka Berdaftar Dengan  Kementerian   Kewangan Malaysia (MOF)

 

 

Kod Bidang Perkhidmatan Perunding:  

 

330101 - Kejuruteraan Awam; dan

330102 - Kejuruteraan Struktur


TARIKH TENDER DITUTUP DAN TEMPAT PENYERAHAN TENDER

 

Tarikh: 28hb Julai 2020 

 

Masa:  12.00 tengahari 

 

Tempat:

Peti Tender,    

Pihak Berkuasa Wilayah   

Pembangunan  #G-01, Blok 8,  

Danga Bay,  

Jalan Skudai, 

80200 Johor Bahru.  

(Tel: 07-233 3000) 

 

Tender yang diserahkan melewati tarikh tutup tidak akan diterima


 

1. TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN INI DIKELUARKAN

Dokumen Tender ini boleh diperolehi dari Ibupejabat IRDA di #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru. Dokumen ini hanya boleh diperolehi mulai 29hb Jun 2020 sehingga 23hb Julai 2020 pada waktu pejabat seperti yang dinyatakan seperti yang di atas. Syarikat-syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan salinan asal Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) beserta salinan fotokopi ketika membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Syarikat Perunding yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil dari Syarikat Perunding tersebut hendaklah membawa Surat Wakil Kuasa. 

 

2.MAKLUMAT PROJEK

Syarikat Perunding yang berminat boleh melayari laman sesawang berikut untuk memuat turun maklumat projek dan rumusan skop kerja bagi tender ini dalam bentuk PDF format https://tinyurl.com/y75kdrf9 

 

3.TARIKH TUTUP PERTANYAAN TENDER

Sebarang pertanyaan berkenaan tender ini boleh diajukan melalui email kepada nordin@irda.com.my atau fadliyaton@irda.com.my sehingga 23hb Julai 2020. 

 

4. TARIKH DAN TEMPAT PENYERAHAN

Satu salinan cetak (Hard Copy) yang telah dilengkapkan hendaklah ditulis tajuk projek di sudut atas sebelah kiri sampul serta dimeterai berserta Satu salinan digital (Soft copy) dihantar kepada Ibu pejabat IRDA, #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor sebelum 12.00 tengahari pada 28hb Julai 2020.

 

5. Pihak IRDA berhak untuk menolak atau menerima mana-mana permohonan atau membatalkan proses tawaran Tender atau menolak semua permohonan, tanpa menanggung segala liabiliti yang berlaku kepada perunding, atau bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada perunding sebab-sebab tindakan tersebut diambil. Pihak IRDA juga tidak akan menanggung segala kos yang dikeluarkan oleh perunding untuk menyertai, menyedia dan melengkapkan tawaran Tender ini.


www.iskandarmalaysia.com.my