Asklegal

Tender | Construction

YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. - House & Building Construction


  1. Pembekal pembekal yang syarikatnya dimiliki 100% oleh rakyat tempatan (Warganegara Malaysia) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini adalah dipelawa untuk mengambil bahagian di dalam tawaran tersebut:-

 


CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH RUMAH PEKERJA BERUKURAN 18.30 METER PANJANG X 6.10 METER LEBAR. SEBUAH BANGUNAN BILIK MANDI, TANDAS & RUANG MEMBASUH PAKAIAN BERUKURAN 4.87 METER PANJANG X 3.66

METER LEBAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI LADANG BESOUT JAYA MUKIM BESOUT/SUNGKAI DAERAH BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN


 

I Taraf Tender : Untuk Kontraktor Dalam Negeri Perak Sahaja

ii Kelayakan : Mempunyai 

• Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

• Lesen Perakuan Pendaftaran CIDB (Kod Bidang: G1 B04 CE21) 

 

iii Taklimat tender : Taklimat tender akan diadakan pada hari Selasa, 23 Jun 2020, jam 10.00 pagi di Pejabat Ladang Besout Jaya, 35600 Sungkai, Perak

 

Koordinat: E 101° 16' 58.82" - 101° 17' 13.22"

N 03° 55' 33.68" - 03° 55 37.82"

 

Dokumen akan dijual kepada kontraktor yang hadir taklimat tender sahaja (DIWAJIBKAN) 

IV Bayaran Tender : RM50.00 / senaskhah dokumen tender 

V Tarikh Tutup Tender : Pada hari Selasa, 7 Julai 2020, tepat jam 12.00 tengah hari 

 

2) Dokumen tender akan dijual kepada kontraktor yang sah sahaja. Untuk tujuan itu dokumen berikut hendaklah dikemukakan:-

 

  • Sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh 
  • Lesen Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia (Gred: G1 B04 CE21) yang masih sah tempoh
  • Cop rasmi syarikat kontraktor 

 

3) Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup dan dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. dan dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di No. 26A, Persiaran Greentown 6, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak tidak lewat dari masa yang ditetapkan. 

 

4) Mana-mana tender yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. Semua perbelanjaan bersabit dengan tender ini adalah tanggungjawab kontraktor sendiri. Taklimat tender tertakluk pada undang-undang PKPP, sila bawa topeng muka semasa hadir sesi taklimat tender.Kenderaan 4x4 adalah digalakkan semasa hadir taklimat tender.

Pengurus Ladang YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. 

012-5745930 / 017-8656473 / 05-2422010