Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Proposal To Supply And Delivery Of Drugs


Tawaran ini adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan seperti berikut :


BUTIR-BUTIR TAWARAN

No. Tender : UiTM/B1/PER/T/B/0520/0005

Cadangan Membekal Dan Menghantar Ubat-Ubatan Secara Berperingkat Untuk Keperluan Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

 

Kod Bidang (Wajib) :050201,050203

Kod Bidang (Pilihan) : -

 


TARIKH DAN MASA TAWARAN DITUTUP

09 Julai 2020 (Khamis)  jam 12:00 petang   


 

1.Tawaran ini dibuat secara atas talian (online) melalui laman web FinEProcurement Plus Universiti (https://myfinancial.uitm.edu.my/) mulai 18/06/2020. 

 

2. Tawaran yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem FinEProcurement Plus pada atau sebelum 09 Julai 2020 (Khamis) jam 12:00 petang. Tawaran yang tidak dikunci masuk (key-in) sebelum waktu tutup tawaran TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 

 

3. Dokumen sokongan secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke Peti Tender di Pejabat Bendahari. Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Unit Panggilan Tender & Sebutharga, UiTM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor seperti tarikh dan masa dinyatakan. Nombor ID hendaklah ditulis dengan terang dan jelas di bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut. 

 

4. Syarikat yang berminat hendaklah berdaftar di sistem FinEProcurement Plus dan bayaran sebanyak RM400.00 akan dikenakan bagi tempoh pendaftaran selama dua (2) tahun. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Tunai/ Deraf Bank atas nama BENDAHARI UiTM.