Asklegal

Tender | Services

Majlis Agama Islam Melaka - Safety Security Services


TAWARAN TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA SECARA KOMPREHENSIF SELAMA 24 BULAN BAGI BANGUNAN - BANGUNAN DI BAWAH PENGURUSAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA 

 

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Syarikat Taraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di bawah kepala dan Sub Kepala220801 (Kawalan Keselamatan) perlu lesen KDN yang masih sah dan berkuatkuasa,

2. Tender ini adalah seperti Jadual di bawah:


KOD TENDER

MAIM/T/01/2020


HARGA DOKUMEN TENDER

RM100.00


PENJUALAN DOKUMEN TENDER

Tarikh : 23/06/2020 - 14/07/2020 Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang Tempat: Bahagian Kewangan Dan Akaun, Aras 1, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka.


TARIKH TENDER DITUTUP

Selasa, 14 Julai 2020 pada jam 12.00 tengah hari 

Dokumen tender yang lewat dikemukakan akan di TOLAK


 

3. Petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut semasa sesi pembelian dokumen tender :

a) Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan yang masih sah dan berkuatkuasa; dan 

b) Lesen Menjalankan Agensi Persendirian dari Kementerian Dalam Negeri yang masih sah dan berkuatkuasa. 

 

4. Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama Majlis Agama Islam Melaka (bayaran ini tidak akan dikembalikan), 

 

5. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan dan dilakri serta dicatatkan Nombor Tender MAIM/T/01/2020 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu

sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tender dan dialamatkan kepada: 

 

Nombor Tender: MAIM/T/01/2020

 

TAWARAN TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA SECARA KOMPREHENSIF SELAMA 24 BULAN BAGI BANGUNAN - BANGUNAN DI BAWAH PENGURUSAN

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

 

Majlis Agama Islam Melaka, 

Aras Bawah, Pusat Islam Melaka, 

Bukit Palah, 75400 Melaka.

(u/p : Unit Perolehan)

 

Tawaran tender hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari sebelum atau pada 14 Julai 2020 (Selasa) 

 

6. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya :

a) Petender LEWAT mengemukakan tawaran tender, dan 

b) Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam Dokumen dan Borang Tender. 

 

7. MAIM tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

 

8. Sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Unit Perolehan Majlis Agama Islam Melaka di talian 06 - 283 7416.

 

SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA.