Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara - Procurement of Supply and Delivery of Chemical Supplies


 

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA, MALAYSIA 

National Population and Family Development Board, Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat


Tawaran adalah dipelawa kepada petender berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk membekal seperti butiran / perkara berikut :


Nombor Tender

Perb/LPPKN 1/2020 


Perkara

Perolehan Membekal dan Menghantar  Bekalan Bahan Kimia Bagi Program Rintis Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) 


Kod Bidang 

Kementerian  Kewangan Malaysia  060101


Tarikh Buka Tawaran

22 Jun 2020 (Isnin)


Tarikh Tutup  Tawaran   

13 Julai 2020 (Isnin) 


1. Dokumen Tender boleh diperolehi pada waktu pejabat mulai 22 Jun 2020 (Isnin) sehingga 6 Julai 2020 (Isnin) di Unit Perolehan, Tingkat 18, Bangunan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia, No.12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. 

 

2. Tender yang lewat dihantar tidak akan diterima / dilayan. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Negara (LPPKN) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada tender yang dihantar. 

 

3. Petender diwajibkan membawa salinan sijil-sijil berkaitan semasa mendapatkan dokumen tender. Sijil-sijil berkenaan mestilah masih sah laku tempohnya, 

 

4. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen tender, 

 

5. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar senaskah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) dan wang tidak akan dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF, WANG POS ATAU KIRIMAN WANG sahaja atas nama LPPKN - Collection. 

 

6. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk serta nombor Tender di sudut atas kiri. Tawaran Tender hendaklah di hantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah sebelum atau pada 13 Julai 2020 (Isnin ) selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari,:

 

KETUA PENGARAH 

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA 

BANGUNAN LPPKN, NO. 12B, JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR 

(up: Unit Perolehan, Tingkat 18) No. Tel: 03-26137555 samb. 1801/1802/1803