Asklegal

Tender | Supply

Pusat Perubatan Universiti Malaya - Supply of Surgical Face Mask And Respirator Mask N95


BIL 1 PERKARA

Tawaran Bagi Membekal Bekalan Surgical Face Mask Dan Respirator Mask N95

 Rujukan Tawaran : T/1121/6/2020(3)

 


SYARAT UTAMA

 Taraf : TERBUKA 

Bidang : 050301 

Harga Dokumen: RM300.00

 


SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI: 

1. Petender yang hendak menyertai tawaran ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dalam bentuk Wang Pos atau Kiriman Wang atau Bank Draf atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut. 

 

2. Dokumen tawaran yang telah dibeli akan dihantar melalui emel petender yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM 

 

3. Dokumen tawaran ini WAJIB dibuat secara atas talian (Online) dan juga satu salinan dihantar secara serahan tangan ke dalam peti tender sebelum tarikh tutup tawaran. Sila rujuk kenyataan surat pelawaan di dalam naskhah meja untuk keterangan lanjut. 

 

4. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan nombor pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi membeli dokumen tawaran ini. 

 

5. Dokumen tawaran ini akan dijual mulai hari Selasa, 16 Jun 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. 

 

6.Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Perolehan sebelum atau pada hari Selasa, 7 Julai 2020 jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan. Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan 

 

7.Contoh dan katalog bagi tawaran yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan sebelum atau pada hari Selasa, 7 Julai 2020 jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan. Contoh dan katalog yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.