Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Dewan Bahasa dan Pustaka - Paper Supply


Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 010201 - Pembekal Kertas yang masih sah, berkuat kuasa serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini dipelawa untuk menyertai tender yang berikut:



 No. Tender 
DBP/02/2020 


Tajuk Tender
Perkhidmatan Membekal,Mengendali, Menyimpan dan Menghantar Kertas Simili 70 gsm, kad Art 230 gsm One Sided Coated dan Kertas Art 157 gsm untuk Dewan Bahasa dan Pustaka


Kod Bidang Pendaftaran
010201



Tarikh, Masa dan Tempat Taklimat
Tarikh : 20 Mei 2020 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar Dato' Hassan 
Ahmad, 
Aras 2, Menara DBP, 
Jalan Dewan Bahasa, 
50460 Kuala Lumpur

Kehadiran DIWAJIBKAN. 
Ketidakhadiran ke sesi taklimat boleh 
dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai tender ini.


Dokumen Tender boleh diperoleh pada waktu pejabat mulai 20 Mei 2020 di Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) senaskhah, dan hendaklah dibayar dalam bentuk wang tunai. Syarikat perlu menunjukkan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran, dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:


Bahagian Kewangan dan Bekalan, 
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Tarikh dan masa tutup tender tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada 9 Jun 2020 (Selasa). Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran tender.