Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - Collateral Services


1. KENYATAAN AM / TAWARAN


1.1 Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 221602, 221604 & 221615 untuk Tender Perolehan Mencetak, Membekal Dan Menghantar Brosur, Flyers, Bunting, Backdrop Dan Folder Bagi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Tender berikut-



Tajuk
Tender Perolehan Mencetak Membekal Dan Menghantar Brosur, Flyers, Bunting, Backdrop Dan Folder Bagi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



Kategori
Mencetak Fail,  Kad Perniagaan dan kad Ucapan (Perlu lesen KDN), Mencetak Label,  Poster dan Pelekat (plastik) (Perlu Lesen KDN) dan Reka bentuk Percetakan (Printing Design)



Kod Bidang 
221602, 221604 dan 221615


No.Dokumen
PTPTN/2020/ T05



Tarikh Buka Tender
15 Mei 2020   (Jumaat) 



Tarikh Tutup Tender 
10 Jun 2020   (Rabu) sebelum jam 12.00 tengah hari


Harga Dokumen Tender
RM50.00


Penjualan dokumen Tender akan diadakan pada 18 Mei 2020 (Isnin) sehingga 09 Jun 2020 (Selasa), jam 09.00 pagi sehingga 01.00 petang bertempat di Dewan Besar PTPTN, Tingkat 1, Blok D, Menara PTPTN, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.



 
1.2 Petender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki mengemukakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf berharga RM50.00 (tidak dikembalikan) yang dibuat atas nama Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sebagai bayaran Dokumen Tender. Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan, Sijil Bumiputera (jika syarikat Bumiputera) dan surat wakil(asal) ke atas individu yang diberi kuasa oleh syarikat bagi urusan perolehan kerajaan hendaklah disertakan bersama-sama pembelian dokumen Sila pastikan tarikh sah laku sijil tersebut masih belum tamat dan salinannya hendaklah diserahkan untuk
simpanan PTPTN. 
1.3 Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bilik Perbincangan 1, Tingkat 1, Menara PTPTN, Blok D,Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. 
1.4 Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Tender yang dihantar 
1.5 Semua keterangan mengenai Tender ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan perkhidmatan/bekalan perlu dikemukakan bersama-sama dokumen ini. 
1.6. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen Tender 
1.7 Pemilihan syarikat akan dibuat berdasarkan kebolehan dalam memenuhi skop kerja dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan serta anggaran kos yang ditawarkan oleh Petender dan hanya Petender yang berjaya akan dihubungi 
1.8 Pihak PTPTN berhak menamatkan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat pada bila-bila masa sekiranya :
a) Tidak mematuhi skop kerja: 
b) Tidak memenuhi kriteria yang telah dipersetujui;
c) Tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. 

1.9 Amalkan penjarakan sosial, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah menjadi keutamaan dalam urusan pembelian/penghantaran dokumen Tender. 
1.10 Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :
Jabatan Perolehan 
i. Puan Che Anishah Binti Aziz Tel: 03.2193.1002 
ii. Encik Amir Azham Bin Yunus Tel: 03.2193.1580 
iii. Encik Mohd Muazzam Bin Razali Tel: 03.2193.1398

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Jabatan Perolehan, 
Tingkat 13A, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, 
No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.