Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

MIDA - ICT Hardware and Software Maintenance Services


1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang berkaitan dan pendaftaran masih sah berkuatkuasa bagi menyertai tender berikut :


BIL TENDER
Tender MIDA Bil.  1/2020


TAJUK TENDER
Perkhidmatan Penyelenggaraan  Perkakasan Dan Perisian ICT MIDA Bagi Tempoh Dua (2) Tahun 


KOD BIDANG
210101; 210102;  210103;210104; 210105; 210106; 210107


HARGA DOKUMEN SETIAP SET
RM500.00 Dokumen Meja Tender boleh dirujuk mulai 18 Mei 2020 (Isnin)



TARIKH TUTUP
10 Jun 2020 (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari


2. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada syarikat yang masih berkuatkuasa pendaftarannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sahaja. Syarikat hendaklah membawa dan menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) / Sijil Virtual Yang Dicetak Dari Sistem ePerolehan serta perlu menyerahkan satu SALINAN (FOTOSTAT) sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender.
3. Dokumen tender boleh dibeli di Bahagian Pengurusan Korporat, MIDA, Tingkat 14, MIDA Sentral,No. 5, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur semasa waktu pejabat (9.00 pagi - 4.30 petang). Bayaran bagi dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk Bank Draf / Wang Pos / Kiriman Wang Pos atas nama "LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA" (MIDA) dan tidak akan dikembalikan.
4. Tender ini akan ditutup pada 10 Jun 2020 (Rabu) jam 12:00 tengah hari. Dokumen Tender yang dimeterai hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Bahagian Pengurusan Korporat, Tingkat 11, MIDA Sentral, No. 5, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tender yang lewat dihantar dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN
5. Kenyataan tawaran ini juga boleh dilihat di laman web rasmi MIDA iaitu http://www.mida.gov.my.
6. MIDA tidak terikat untuk menerima tawaran tender yang terendah atau mana-mana tawaran
7. Segala perbelanjaan berhubung dengan penyediaan dan penyerahan Tender adalah di atas tanggungan syarikat-syarikat yang menyertai pelawaan ini.