Asklegal

Tender | Services

Bank Rakyat - MOBILE  BANKING SOLUTION IMPLEMENTATION


PELAWAAN MENYERTAI TENDER BAGI MEMBEKAL 'MOBILE BANKING SOLUTION IMPLEMENTATION AS PART OF DIGITALIZATION BLUEPRINT
Kami mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai tender "MOBILE  BANKING SOLUTION IMPLEMENTATION AS PART OF DIGITALIZATION BLUEPRINT.


PROJEK 
"MOBILE  BANKING SOLUTION IMPLEMENTATION AS PART OF DIGITALIZATION BLUEPRINT.


PENGAMBILAN TENDER 
Tarikh:  1 - 2 Jun 2020
Masa: 11:00 pagi - 5:00 petang
Lokasi: 
Jabatan Perolehan
(IT dan Telekomunikasi) BLUEPRINT Tingkat 17, Menara 1
Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Bayaran sebanyak RM3,000.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan untuk setiap dokumen tender. Semua pembayaran perlu dibuat melalui perbankan dalam talian dan dihantarkan ke akaun di bawah:
Nama Penerima: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Bank: Bank Islam Nombor Akaun: 14014010070108 Nombor Majikan: 2192 Butiran Rujukan: MBTENDERFEE


TAKLIMAT TENDER
Tarikh: 3 Jun 2020 Masa: 11:00 pagi 
Lokasi: Taklimat akan dibuat melalui Microsoft Teams. Pautan akan dihantar melalui e-mel setelah pembelian dokumen tender.



PENUTUPAN TENDER
Tarikh: 16 Jun 2020 
Masa; 5:00 petang 
Lokasi: Jabatan Perolehan (IT dan Telekomunikasi) Tingkat 17, Menara 1 Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur 
Dokumen tender ini mestilah dilengkapkan dan dikemukakan di dalam sampul surat yang dilakri (sealed) dan ditandakan 'MOBILE BANKING SOLUTION IMPLEMENTATION AS PART OF DIGITALIZATION BLUEPRINT' di penjuru kiri sebelah bawah sampul surat.


Bukti pembayaran perlu dihantar ke tender@bankrakyat.com.my. Bukti pembayaran yang diterima selepas 2 Jun 2020, jam 5.00 petang tidak akan dilayan. 

Di bawah merupakan keperluan wajib yang perlu dipatuhi oleh vendor sebelum menyertai tender ini: 
• Merupakan kontraktor utama 
• Telah melaksanakan aplikasi perbankan mudah alih dengan penyelesaian saluran Omni untuk FI/FS tempatan 
• Mampu mencadangkan garis masa yang strategik untuk pelaksanaan perbankan mudah alih yang kurang dari 9 bulan 
• Memberi sokongan jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan selepas tarikh LIVE

Sebarang dokumen yang diterima oleh pihak Bank selepas dari tarikh di atas TIDAK AKAN diproses dan akan ditolak 
Bank Rakyat tidak terikat untuk memberi sebarang sebab sekiranya tender ditolak dan juga tidak bertanggungjawab bagi sebarang kos semasa vendor mengemukakan tender.
1300 80 5454
www.bankrakyat.com.my  myBANKRAKYAT