Asklegal

Tender | Supply Tender | Vehicle Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Sukan Negara Malaysia - Bus & Coaster Services


Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah pecahan kepala seperti dibawah bagi menyertai tender berikut:



KENYATAAN TENDER
NO. TENDER
MSN/BPK/BKLN/ T/02/2020 


PERIHAL KERJA
Membekal, Menghantar, Menguji, Mendaftar dan  Mentauliahkan: 
a) Dua(2 Unit) Bas 40 Seater Berhawa Dingin Untuk Program Pembangunan Bola Sepak (PPBN)
b) Satu(1 Unit) Bas 30 Seater dan 
c) Satu( 1 Unit) Coaster 24 Seater Berhawa Dingin Untuk Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM)



KOD BIDANG
110199  (Pembuat) 110105 (Bas)



HARGA  DOKUMEN
RM50.00 


TAKLIMAT TENDER
18 Mei 2020 (Isnin) Masa: 10 pagi Di alamat: 
Auditorium 1, Tingkat 1 Majlis Sukan Negara, 
Kompleks Sukan Bkt Jalil 57000 Kuala Lumpur 



Dokumen tender boleh dibeli pada hari taklimat di alamat seperti diatas. Pembelian tender selepas dari tarikh taklimat hendaklah dibuat di Tingkat 4, Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur pada waktu pejabat : Isnin & Khamis sahaja (9.00 pagi -1.00 tengahari) mulai 18 Mei 2020 sehingga 04 Jun 2020. Bayaran dokumen tawaran ialah RM50.00 senaskah secara tunai atau melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Memandangkan arahan PKPB berlanjutan sehingga 09 Jun 2020, kehadiran sesi taklimat tidak diwajibkan. 


Dokumen akan dijual kepada Kontraktor/Wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, Kontraktor berkenaan hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran yang asal dan salinan, surat rasmi sebagai Wakil Kontraktor dan Cop Syarikat semasa membeli borang tawaran. 


Sama ada tawaran diterima, gagal, ditawarkan semula ataupun tender ini dibatalkan, wang pembelian dokumen tidak akan dikembalikan. Tender yang telah siap hendaklah di masuk kedalam sampul berlakri yang di tulis No Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tawaran Tender di Tingkat 4, Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur. 


Tender yang diterima selepas waktu dan tarikh tutup tidak akan dilayan. Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia tidak terikat untuk menerima tender yang terendah/tertinggi atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada syarikat-syarikat yang tidak berjaya. 


Tarikh tutup tender adalah pada 10 Jun 2020 (Rabu), jam 12:00 tengahari



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 
Bahagian Kewangan: Naziah Talib-019 3278084 atau Serifah Ramly - 012 3727546
Iklan ini juga boleh dicapai di www.nsc.gov.my.